Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Sabar Bukan Ungkapan Menenangkan

Sabar Bukan Ungkapan Menenangkan

17 March 2013 by Cikgu Hairul

“Sabarlah.. itu semua ujian. Ada hikmah benda ni terjadi”

Pernah tak kita memberi kata-kata “semangat” macam ni kepada sahabat yang ditimpa musibah? Ataupun pernahkah kita diberi kata-kata “nasihat” macam tu?

sabar sebahagian dari imanTerus terang saya katakan, itu bukan kata-kata yang sesuai untuk orang yang kena musibah. Silap haribulan dapat maki nanti.”Tak kena batang hidung Hang, boleh la cakap”. Kan tak pasal-pasal kena smash.

Orang yang ditimpa musibah hatinya sedih. Fikirannya menerawang jauh. Perasaan bercampur aduk tak dapat dituliskan dengan kata-kata. Hanya mereka yang pernah mengalami sahaja akan faham macam mana rasanya ditimpa musibah.

Sebagai seorang yang waras, tidak wajar menambahkan lagi kerungsingan hatinya. Mengungkapkan perkataan Sabar mungkin bagi kita tak salah, tapi kesannya kepada dia sudah tentu amat besar. Sabar bukan perlu diberitahu, tetapi perlu dipandu.

Bagi saya, memandu sahabat di dalam musibah itu sangat susah untuk dilakukan. Kena ada skill dan masa yang sesuai untuk memandu. Bukannya datang-datang terus ajak dia berborak hu ha hu ha.. Cuba bawak dia ke dalam situasi tenang supaya dia dapat melupakan musibah itu sementara waktu. Susah kan?

Apa pulak tindakan anda jika sahabat kalian ditimpa musibah? Saya mencari solusi terbaik menangani situasi sebegini. Kalau kalian ada idea, jangan malu jangan segan kongsikan di sini.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. portal kssr says

    17 March 2013 at 11:45

    kalo hati tgh berduka,cuba bawa pergi berjalan2 @ melancong.sebab Allah pernah Israk Mikraj Nabi ketika dia berduka kematian isteri.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 March 2013 at 06:56

      Yeah.. Itu salah satu dari pengajaran dari sirah nabi. Baru saya teringat. Thanks membantu.

      Reply
  2. Faris Al-Muhandisu says

    17 March 2013 at 12:21

    kena kasi time dulu biar dia bersedia untuk berkongsi. bila dia sedia, kita dengar dulu semuanya. pastu, jgn terus kpd solusi, tanya2 dulu sikit tunjuk kite betul2 concern. pastu bincang solusi. nampak mudah tp sbnrny susah, kne sabar sikit nak handle emosi ni

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 March 2013 at 06:57

      Memang susah. Lagi2 kalau yang susah nak bercerita. Diam seribu bahasa.

      Reply
  3. anif says

    17 March 2013 at 13:25

    Beri masa secukupnya adalah lebih baik.

    Reply
  4. Bee Inspired says

    17 March 2013 at 22:58

    Yah terkadang memang terasa menjengkelkan saat ada yang menyuruh kita bersabar
    dia menyuruh kita bersabar sementara dia juga tidak tahu akan apa yang kita rasakan
    lebih baik menghabiskan 1-2 hari untuk bersedih sejadi-jadinya
    agar semua kesedihan menghilang di keesokan harinya

    Reply
  5. suri says

    18 March 2013 at 15:07

    salam.
    slu akan diam sejenak sambil2 akan ombas apa tlh sy buat sebelum ni sehingga salah itu blh wujud.klu sesama manusia sy tak ambil kisah walaupun ia dpt sktikan hati tapi slu pikir tu semua dugaan baik ada org busuk hti, tak senang dg apa yg kita ada bg saya serah kt Tuhan. klu prob hoting tu mmg tahap gaban heee slu bertya kwn2.depa ckp2 suport tiket.mmg kena sbr tpi sllu akan kta nak tukar hosting lain rasanya berubah pada cara lama bertuka pd batu mugikn tu blh atas mslh susah sblum ni he33..

    sabar..

    Reply
  6. hafiz says

    18 March 2013 at 16:34

    memang kena bagi ruang masa..

    Reply
  7. Oneblogsocial says

    18 March 2013 at 21:23

    Sungguh dalam apa yang cikgumaksudkan,ini ibarat kata kata harus di buktikan dengan keseharian.

    Reply
  8. puteri kasih says

    18 March 2013 at 22:03

    bila sesiapa ditimpa musibah..sekadar kita suruh dia bersabar je memang tak akan membantu. Sebaiknya kita perlu terus memberikan sokongan kepadanya

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 March 2013 at 09:41

      Kata-kata Sabar tu kengkadang orang tak dapat nak terima. Sokonglah selagi termampu..

      Reply
  9. leeza dayasari says

    18 March 2013 at 23:02

    perkataan sabar ni mmg amatlah mudah nak diucapkan. namun…. haaaaaa tuhan sahaja yg tahu bertapa tak sabarnya leeza adakala.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 March 2013 at 09:21

      Bersabar kena ada latihan.. Mengaplikasi kena ada kesungguhan, kejayaan satu kemanisan.

      Reply
  10. Joe says

    19 March 2013 at 12:26

    Memang susah.. Selalunya sy macam dah tahu ape nak buat. Mula mula tue biar je, tak payah nak ambil tahu.
    Nanti, pandai la dia ceritakan masalah dia.

    #PrayForLahadDatu

    Reply
  11. Achik Ezz says

    19 March 2013 at 20:22

    “Sabar” tu tak perlu diucap pun.. Tapi perlu dipandu dan diberi sokongan. Kalau tak sabar, dah lama kot orang tu bunuh diri..
    Paling tak suka orang suruh kita sabar, nak ucap mmang senang..tak kena kat hang,bolehla hang cakap..

    Reply
  12. titan says

    20 March 2013 at 15:57

    belanja dia makan cendol aje. habis cerita.

    Reply
    • chii says

      27 March 2013 at 19:00

      kalau dia x suka makan cendol camne…

      Reply
      • Cikgu Hairul says

        29 March 2013 at 08:31

        kasi makan tapai la..

        Reply
  13. chii says

    27 March 2013 at 19:02

    selalunya chii biarkan je…takut nnt x pasal2 terkena kt diri sendiri plak 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 March 2013 at 08:31

      diam lebih baik. orang tak kata kita sombong ke chii?

      Reply
      • chii says

        29 March 2013 at 10:48

        xde la.nape nak kata sombong plak..lgpun kadang2 seseorg tu perlukan masa utk bertenang 🙂

        Reply
  14. Aya says

    1 April 2013 at 16:08

    cuba jadi good listener untuk dia ketika itu.. mungkin banyak perkara yang dia ingin luahkan… kalau dia marah kita pun, kita sabar je dan cuba faham keadaannya ketika itu.. Kalau Aya, selalu fikir itu dah takdir.. Tuhan dah tentukan dan tertulis dalam takdir kita..

    Reply

Leave a Reply to Achik Ezz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in