Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Salahkah Berbaju Melayu?

Salahkah Berbaju Melayu?

23 March 2012 by Cikgu Hairul

Hari Jumaat datang lagi. Saya suka pakai Baju Melayu lengkap untuk solat Jumaat. Nampak kemas, nampak hebat. Apa yang penting ianya tak menyakiti sesiapa.

Pelik juga orang kanan kiri bila saya berbaju Melayu. Bila berjalan orang pandang semacam. Jiran-jiran yang super laser juga sering menegur. Hai nak pegi nikah ke? hehehe.. Berbaju Melayu lengkap cuma untuk bernikah. Itu je yang mampu mereka fikirkan.

Saya rasa tak salah kan memakai Baju Melayu? Itu kan pakaian orang Melayu. Pakaian yang patut menjadi kebangaan kita. Kenapa nak segan? Cuba tengok orang Arab. Berjubah dalam majlis rasmi. Berjubah di mana sahaja. Mereka tak malu. Mereka tak merasa janggal.

Begitu juga dengan orang Afrika. Mereka bangga dengan pakaian tradisional mereka. Dalam majlis besar pun mereka tak segan pakai pakaian tradisionalnya. Kita?

Masa majlis konvokesyen tahun lepas, saya antara orang yang memakai Baju Melayu. Dalam kalangan rakan-rakan hanya saya seorang yang berbaju melayu. Yang lain pakai long suite. Tapi itukan pilihan mereka. Tak salah pun.

Saya cukup kagum dengan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Beliau tak pernah malu berbaju Melayu ke mana-mana. Itu kan identiti kita orang Melayu.

Marilah kita pakai Baju Melayu. Taknak la malu-malu. Kalau bukan kita yang pakai, sapa lagi? Takkan orang Jepun nak pakai pakaian kita.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. anif says

    23 March 2012 at 08:18

    Tabik dengan saudara.. ๐Ÿ˜€ Sebenarnya tiada apa yang patut dimalukan jika berbaju Melayu.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      23 March 2012 at 19:07

      Itulah yang cuba saya buangkan. Sifat malu tak bertempat.

      Reply
  2. puanbee says

    23 March 2012 at 11:17

    lagi hensem kalau lelaki pakai baju kurung ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      23 March 2012 at 19:08

      Oh Tidak kak.. Mau kena gelak nanti pakai baju kurung.

      Reply
      • puanbee says

        23 March 2012 at 19:25

        eh tersilap pulak , baju melayu le ..hahah sorryyy ..tk perasan .

        Reply
  3. rahman says

    23 March 2012 at 12:33

    tiada salahnya berbaju melayu. kalau di sekolah bagaimana pula cikgu?. adakah pihak sekolah atau kementerian membenarkan pemakaian baju melayu di kalangan pelajar di hari hari biasa.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      23 March 2012 at 19:09

      Dah ada seragam sekolah. Hari jumaat pun cuma dibenarkan pakaian baju melayu seragam sekolah warna putih je.

      Reply
  4. tehr says

    23 March 2012 at 17:04

    Kalau ada orang jepun berbaju melayu pun orang akan kata gak
    Nak dengar apa kata orang ni, sampai bila pun tak habis

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      23 March 2012 at 19:11

      Betul tu.. Berbanding baju kurung, kalau bangsa lain pakai tak nampak janggal.

      Reply
  5. titan says

    23 March 2012 at 17:10

    peh, nampak muda maa…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      23 March 2012 at 19:12

      Memanglah muda.. baru je akil baligh.. wakaka.

      Reply
  6. azura says

    25 March 2012 at 14:34

    kalau mengajar di sekolah takla pelik sangat berbaju melayu di hari jumaat

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 April 2012 at 09:39

      Ada juga yang rasa pelik.

      Reply
  7. faizul says

    27 March 2012 at 14:41

    Disebabkan entri ini maka saya terdorong nak pakai baju melayu pegi keje jumaat ni.

    Uniform letak tepi dulu.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 April 2012 at 09:39

      Ahaha.. Bagus tu. nampak handsome dan bergaya ke masjid.

      Reply
  8. Ahmad Ijat says

    28 March 2012 at 12:26

    Saya suka ayat ni..

    “Jiran-jiran yang super laser juga sering menegur. Hai nak pegi nikah ke? hehehe.. Berbaju Melayu lengkap cuma untuk bernikah. Itu je yang mampu mereka fikirkan”

    Memang ini la mentaliti kita sekrang. Kalau waktu biasa ni cukup malu nak berbaju melayu.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      30 March 2012 at 14:16

      Takut kena dakwa ngan baju melayu kat sana nanti. Napa mu tak pakai aku? Hah sudoh nak jawab apa..mhehe

      Reply
  9. Achik Ezz says

    28 March 2012 at 20:22

    Senyum,senyum…tak perlu kata apa- apa……

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      30 March 2012 at 14:21

      Sengih pun ok.

      Reply
  10. Dulu Lain Sekarang Lain says

    3 April 2012 at 09:01

    Salah mmg tak salah ehhh.. cuma kita suka pakai baju simple mcm t-shirt atas tujuan ‘convenience’ ajer kan. ๐Ÿ˜€
    Tapi kalu ada hari2 yg perlukan kita pakai baju melayu, tak boleh lah rasa malu. Proud ada la…

    Reply
  11. klANA says

    3 April 2012 at 15:22

    assalam.. lelaki pakai baju melayu nmpk segak..

    Reply
  12. Shahrul says

    3 April 2012 at 22:24

    orang kita memang macam tu, nak mengata je keje…
    saya pun berbaju melayu lengkap bila solat Jumaat

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      4 April 2012 at 06:22

      Tahniah.. Anda seorang yang kacak.

      Reply
  13. eiela says

    3 April 2012 at 22:46

    selalunya camtu la ada yang pelik, walhal biasa je pakai baju melayu tuh.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      4 April 2012 at 06:22

      Macam duduk di bumi jepun yg tak pernah nampak org berbaju melayu.

      Reply
  14. akhiyy says

    4 April 2012 at 08:10

    hidupkan baju melayu =)

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      5 April 2012 at 09:33

      Sambil membetulkan sampin yang terlondeh dan mengangkat tangan penuh semangat.. heheheh hidupkan baju melayu! hidupkan baju melayu! hidupkan baju melayu!

      Reply
  15. kulanz says

    4 April 2012 at 22:36

    Selalunya kalau aku pakai baju melayu terutama waktu kerja, pasti ada yang menegur.. “Nak nikah baru?”

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      5 April 2012 at 09:31

      Itu je la tahap pemikiran yang mampu dicapai oleh mereka.

      Reply
  16. cikgu naman says

    5 April 2012 at 13:33

    memang kacak berbaju Melayu..memang suka

    tapi baru beberapa kali pakai ke sekolah pd hari Jumaat sebab naik moto hari Jumaat ๐Ÿ˜‰

    Tapi memang lagi kemas berbaju melayu

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      5 April 2012 at 19:42

      Takpe, asal ada kesungguhan nak berbaju melayu.

      Reply
  17. hafizmd says

    5 April 2012 at 16:51

    Terbaik!

    Org kita mmg pelik. Pakai baju singkat, takde pulak nak bising menegur. Pakai cantik2 hensem camni, laju jer mulut.

    Tak kisahlah, tahniah cikgu. Akupun suka pakai baju melayu bila hari jumaat. Kalau hari raya, mmg siap bersampin. Hensem di mata kita dan DIA. Itu penting.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      5 April 2012 at 19:41

      Tahniah juga.. Kita buat tak tau je apa orang kata..

      Reply
  18. Juan says

    8 April 2012 at 02:55

    saya pon sama, pakai baju melayu gak masa konvo

    Reply
  19. CikguNayan says

    13 April 2012 at 11:08

    Baju Melayu kebanggaan orang Melayu.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      13 April 2012 at 16:11

      Dah kita taknak pakai, apa lagi nak dibanggakannya.

      Reply

Leave a Reply to Ahmad Ijat Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 ยท BG Minimalist on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in