Saya kurang selesa bila tengok keputusan ujian tekanan darah, bmi dan ujian lemak dalam badan ni. Sambil menyelam minum air. Masa tengah tunggu isteri beli kain baju raya saya sempat buat ujian kesihatan di mesin ni.
Walaupun BMI berada di tahap ideal, tapi kelebihan lemak dalam badan sebanyak 2g dah mula merisaukan. Ini mungkin gaya pemakanan yang kurang cemerlang yang sama amalkan. Hujung minggu makan kat luar, tak bersenam, tak beriadah. Macam-macam alasan.
Untuk makluman :
BMI ideal ialah 19 – 25.
Berat ideal 54-66kg
Kandungan lemak baik 11.8 –17.7 kg
Tekanan Darah 150/90
Semua tu buat saya tak senang duduk. Sedikit sebanyak menganggu emosi. Nak buang lemak degil ni. Ada sapa boleh bagi motivasi?
Mr Rileks says
try jogging pagi2… haha…
p/s: kasut jogging sy bru skali jer pakai, pastu x jogging dah… huhuhu,, hangat2 taik ayam jer…
Cikgu Hairul says
2 x 5.. hahaha kita tiada upaya.
Chipcoklat says
Halamak… ini pun masalah bg chip jgk..mula2 smgt jek..pegi Gym bagai..lepas tu..haa… depan komputer la chip menetap..adoyai!
Cikgu Hairul says
dugaan
titan says
mehh..jogging petang-petang..
Cikgu Hairul says
jom kita..
nizam ijam says
saya lagi la teruk..haha
cikgu ani says
Salam. Cadangan saya,kurangkan makan makanan…:
1. yang berlemak
2. yang berminyak
3. yang manis-maniiiiis…dll yang menyumbang lemak di badan…
dan…
bersenamlah, tak banyak , sedikit; tak lama, sekejap…ok?
Cikgu Hairul says
terima kasih cikgu atas cadangan itu.