Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Selamat Tinggal Godaddy- Terpaksa Transfer Domain

Selamat Tinggal Godaddy- Terpaksa Transfer Domain

21 May 2014 by admin

Ramai blogger beli domain murah melalui Godaddy. Dengan tawaran kupon tak masuk akalnya, godaddy menawarkan serendah USD1.99 untuk domain dot com, dot net dan dot biz. Memang awal-awal dulu nak renew tak ada masalah. Berlambak discount coupon dengan harga renew yang boleh dikatakan murah la jugak. Pendek kata, domain provider kat Malaysia ni pun tak mampu lawan.

domain-renew-harga

Tapi, sejak awal tahun aritu, ada ura-ura Godaddy nak hentikan discount coupon untuk renew. Memang betul, sejak bulan Februari haritu, saya cari coupon untuk renew beberapa domain memang takde. Bayangkan la, punya la mahal nak renew, domain dot com berharga RM43 setelah tolak discount wajib 20%. Tahun-tahun sudah domain dapat direnew dengan harga RM27 je. Tapi kali ni memang betul-betul melampau mahal. Tu baru satu domain. Kalau ada 3 domain?

Sebab tu la, walaupun berat hati nak transfer, terpaksa jugak la. Proses transfer dibuat ke domain provider Malaysia. Mudah dan tak banyak kerenah. Harganya pulak RM35 setahun. Boleh la, walau cuma beza beberapa ringgit, tapi banyak kelebihan lain yang kita dapat.

Kelebihan paling menarik yang servis provider dalam negara ni tawarkan ialah domain privacy protection. Di Godaddy, service tu berbayar. Tak murah la jugak. Tapi yang ni dapat free. Tambahan lagi, syarikat di Malaysia, orang Malaysia senang sikit nak berurusan. Apa-apa hal boleh terus contact no fon. Tapi kalau syarikat lingkup macam beberapa syarikat hosting hampeh tu, tak dapat la nak tolong.

Okeh.. satu domain dah selesai. Tinggal beberapa domain lagi untuk ditransfer.

Ayat Sedih Tak Boleh Blah
Ayat Sedih Tak Boleh Blah

Nasihat saya, kalau baru nak beli domain, godaddy memang terlebih murah. Lepas tu, transfer la ke tempat lain. Itu lebih praktikal dan lebih murah. Kalau rasa dah banyak duit, teruskan renew macam biasa walau harga mahal sikit dari tempat lain.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. titan says

    21 May 2014 at 18:43

    yap. dah susah sikit nak cari kupon renewal yang 35% sekarang.

    Dulu..selalu jumpa yang 30 dan 35% punya kupon.

    Jenuh gak cari semalam. Last-last..dapat yang 21% je. Pakai ajelah.

    Haha..

    Reply
    • Amran says

      22 May 2014 at 01:12

      Aik.. ada lg ke? Aku baca kat satu forum tu dia kata mansuh terus utk coupon renew. Takpe la, 20% tu kira ok la tu.

      Reply
  2. AUC says

    21 May 2014 at 18:45

    huh gitu pulak ceritanya, baru je ura2 nak try hosting luar hehehe…

    Reply
    • Amran says

      22 May 2014 at 01:14

      Hosting takpe lagi. Masih boleh dipertimbangkan. Cuma domain je yg agak mahal.

      Reply
  3. amirulfaiz says

    21 May 2014 at 23:47

    Oo.. begitu, aku kurang survey server provider nih, main sesah jer. Haha. 😀

    Reply
    • Amran says

      22 May 2014 at 01:15

      Selagi kita mampu dan tak beri masalah kira ok la tu.

      Reply
  4. Hero Borneo says

    23 May 2014 at 06:29

    saya lebih suka kalau transfer kat Malaysia..tak duit kita mengalir keluar!

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      29 May 2014 at 06:36

      Dari sudut ekonomi itu antara kebaikkannya. Tapi kita nak yang murah. Kadang2 faktor ekonomi tu kita tak ambik kira.

      Reply
  5. Ummi Hanie says

    27 May 2014 at 01:15

    saya masih tak berani beli domain bukan local mcm godaddy ni waalopun murahh…

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      29 May 2014 at 06:38

      Okeh.. mulai hari ni, tak payah lagi fikir pasal beli domain di luar. Teruskan membeli di dalam Malaysia. Lebih praktikal rasanya. Harga pun munasabah.

      Reply
  6. ANIRAH AZURI says

    27 May 2014 at 15:08

    Hmm.. sekarang pakai ni pun dari godaddy jugak..
    bimbang pulak mendengar nya..

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      29 May 2014 at 06:35

      Sempat lagi nak transfer tu.

      Reply
  7. Hazmin Hamudin says

    29 May 2014 at 09:14

    Mahal jugak nak renew ye. Saya belum pernah lagi pakai hosting luar ni. Pakai dalam malaysia je.

    Reply
  8. Syazwan Latif says

    6 November 2016 at 00:20

    Saya nak tanya, masa transfer tu domain dah nak expire renew ke? atau sekarang juga boleh transfer?

    Saya beli domain februari 2016, akan tamat februari 2018.

    Jadi sekarang ni saya boleh transfer ke? Saya dari GoDaddy juga ni, terasa mahal sangat nak renew.

    Kupon pula memang tak banyak dapat diskaun yang best-best.

    Kalau saya transfer sekarang, adakah saya kena bayar semula untuk tukar tarikh renew?

    Tolong beri pencerahan

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      6 November 2016 at 05:01

      Masa nak transfer dulu memang dekat nak expired. Saya kurang pasti pulak, kalau transfer awal setahun expired date tu ikut tarikh lama atau ikut tarikh kita transfer.. Tuan boleh tanya di provider baru untuk perkara-perkara teknikal macam ni. Maaf tuan, tak banyak info boleh saya bantu..

      Reply
      • Syazwan Latif says

        21 November 2016 at 09:41

        Thanks sebab membantu.. Sudah selesai berhijrah.. Domain sekarang berada di yeahhost.com.my . Harga boleh tahan murah sikit dari GoDaddy.

        Beli di GoDaddy memang nampak murah sangat bila pertama kali beli.

        Tapi bila hujung-hujung nak renew, banyak pula fees dan kupon diskaun pula tidak banyak. Itu yang sedih.

        Kalau artikel ini cakap RM46 itu mahal. Untuk sekarang, harga domain .com berharga RM60 lebih untuk setahun. Jauh lebih mahal dari dahulu.

        ;(

        Reply

Leave a Reply to KHAIRUL AMRAN Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in