Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Semarak Jawi

Semarak Jawi

22 May 2014 by admin

Bismillahhirrahmanirrahim.

Semarak JawiBila sebut Jawi, kita tentu masih ingat tulisan Jawi yang semakin jarang kita gunakan. Menulis blog kalau guna tulisan Jawi entah siapalah yang akan baca. Berbeza dengan bangsa dan peradaban lain seperti orang manchuria yang masih mengekalkan warisan tulisan bangsa mereka.

Lewat ni ada juga pihak yang cuba menyemarakkan semula tulisan Jawi. Tapi sayang mereka berhajat semarakkan Jawi versi baru yang mengikut acuan rumi. Jadi saya jawab, “Tak payahlah, bikin susah saja.”

Jawi mempunyai strukturnya sendiri dan tak perlu bergantung kepada rumi. Jawi versi baru yang mengikut corak rumi telah hilang identitinya. Jawi baru tu, saya campak saja ke longkang. Saya masih menulis dengan jawi. Jawi yang asal, yang saya kenal ketika di sekolah rendah.

Orang Malaiyu juga dikenali dengan panggilan Bani Jawi atau Orang Jawi. Jawi bermaksud percaya kepada yang Esa. Orang Jawi ialah suatu bangsa yang percaya kepada tuhan yang Esa. Jadi bila Islam sampai ke Semenanjung Emas ini, Orang Jawi menerimanya secara total dan diadaptasi terus dalam peradaban Bani Jawi. Itulah sebabnya bila ada orang luar yang memeluk Islam, Orang Jawi menyebut itu sebagai “masuk Jawi”. Begitu juga bila anak-anak berkhatan, juga disebut “masuk Jawi”.

Dalam bidang penulisan, Orang Jawi meninggalkan tulisan sanskrit dan menggantikan dengan huruf Al-Quran mengikut sebutan Orang Jawi, jadilah tulisan Jawi. Ketika zaman penjajahan, tulisan rumi diperkenalkan dengan tujuan mengikis pengaruh tulisan Jawi yang matlamat pokoknya memisahkan Orang Jawi dari Al-Quran.

Jika kita, Orang Jawi mahu kembalikan semarak Jawi, kita perlu gunakan Jawi yang asal. Orang mudah kata Jawi lama sukar dibaca, tak cukup huruf. Struktur Jawi memang begitu. Jadi bila kita baca Jawi, kita masih perlu merujuk kepada guru (manusia) untuk mendapatkan sebutan yang tepat. Itulah fungsinya. Orang Jawi berguru dengan guru, bukan hanya dengan buku. Jadi tulisan Jawi mendahulukan guru, kemudian buku. Ini cara orang Jawi menuntut ilmu.

Kalau rumi tu tepat, bohong juga. Sebab “saya” tetap dibaca “saye”. Itu sebutan Malaysia. Kalau telo negeri, rumi tak boleh tulis juga. Piiirah… Tepat mai kut mana che?…

Dlm penulisn ejaan rumi, ada masanya saya buat silap juga. Bila org tegur salah eja, saya kata sikit-sikt tu takpe. Yang penting bleh paham. Kalau tuk urusan rasmi, kan org guna bahsa omputeh… Org yang menegur tu tak peduli pun apa jadi dgn Jawi, jadi saya peduli tentang rumi pun sekada ikut suka hati saja la. Ketika menulis blog pun, salah eja sikit2 tu saya buat bodo jer.

Innalillahi wa inna ilayhi raaji’un..

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. AzizMostafa says

    23 May 2014 at 14:32

    > Jadi tulisan Jawi mendahulukan guru, kemudian buku. Ini cara orang Jawi menuntut ilmu.

    @ Membandingkan dengan Rumi, Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
    Rumi = 26 +A+B+D+E+G+H+Q+R = 17×2= 34 bentuk berdiri sendiri.
    Huruf Arab @ 6 Jawi – titik-2 = Sahaja 19 bentuk yang manis @ tari-menari.
    Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum.
    Hanya ekor perubahan seperti yang ditunjukkan di sini http://bagaimanalagi.com/

    2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Arab.
    Cara terbaik adalah ditulis (dan disilangkata) dalam Jawi
    http://typophile.com/files/@XW20130405_0.pdf

    Semarak Jawi untuk memenangi minda dan hati 🙂
    http://www.emenang.com/community/index.php?/topic/54252-care-share-to-win-minds-hearts/

    Reply
    • Amar says

      26 May 2014 at 02:06

      Good sharing. Thx.

      Reply

Leave a Reply to AzizMostafa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in