Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Sepetang Di Pesta Buku Antarabangsa

Sepetang Di Pesta Buku Antarabangsa

1 May 2012 by Cikgu Hairul

Bagi yang masih belum tahu, Pesta Buku Antarabangsa sedang berlangsung sekarang di PWTC. Sejak 27 April lepas sampai 6 Mei 2012 ni. Dibuka dari pukul 9pagi sampai 10 malam. Semalam petang lepas balik sekolah saya dengan isteri cari masa untuk sama-sama memeriahkan majlis tu. Hajat di hati nak pegi Sabtu lepas, tapi dah ada Perhimpunan Aman Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, rasanya tak lepas ke PWTC.

Sapa kata orang Malaysia malas membaca?

Gigih betul naik tren semalam. Itu je la jalan paling mudah nak ke PWTC dari Setiawangsa ni. Nak naik kereta malas pulak nak memikirkan pasal parking dan jem. Nak pegi hari ni pulak, tengah Public Holiday. Mesti penuh PWTC. Tak daya melayan sesak.ย Semalam yang bukan hari cuti pun ramai umat manusia. Inikan pulak hari cuti.

Penyampaian Hadiah Kuiz Hadith Imam Nawawi

Semalam juga berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Majalah Al Ustaz dan Gen-Q anjuran Telaga Biru. Dapat tengok Ustaz Zahazan dengan Ustaz Pahrol penulis buku Mukmin Profesional yang saya tunjuk haritu. Dapat tengok dari jauh pun takpe la. Nak datang dekat ramai umat manusia berkerumun nak bersalam dengan dia.

Antara Buku Yang Sempat Diborong

Beli buku di Pesta Buku macam ni memang best. Apa tak bestnya, setiap pembelian ada potongan harga sehingga 50%. Lepas tu ada hadiah lagi. Pendek kata pesta buku memang sesuai untuk kita membeli buku. Sedar tak sedar semalam je habis dekat RM300. Tapi takpe, ini pelaburan ilmu. Tak payah la berkira sangat. Pejam mata je.

Bagi yang ada kesempatan hari ini, jomlah pegi Pesta Buku Antarabangsa ni. Lagipun cuti hari pekerja bukan buat apa-apa aktiviti pun kan. Lepas memborong buku, apa kata singgah di The Mall. Tak pun singgah sekejap kat Sogo. Banyak tempat shopping sekitar-skitar tu. Heeheh

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. benjy says

    1 May 2012 at 09:36

    Tak tahulah Benjy ni jenis apa ? asal cuti je malas jalan2 kecuali kena paksa isteri …. hahahaha. Membeli buku bukan sahaja pelaburan yang bijak ia juga men positifkan diri ๐Ÿ˜€

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 May 2012 at 09:55

      Hari ni suruh la isteri benjy paksa benjy g PWTC.. Tak jauh dari rumah kan?

      Reply
    • tehr says

      1 May 2012 at 23:37

      sama la dengan aku
      memang kena paksa untuk gi bandar
      aku malas bersesak kat jalan raya

      Reply
  2. Amar says

    1 May 2012 at 09:39

    Orang Malaysia memang suka membaca, tapi suka baca novel, majalah, komik, facebook. Sikit sangat baca buku Fizik, kimia, astronomi, herba, pertanian, pelayaran, geologi, tasawur, fiqh.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 May 2012 at 11:05

      Buku-buku tu biarlah lecturer dan orang-orang dalam bidang tu je yang baca. Lepas tu bolehla dengar dari mereka je.

      Reply
  3. nizamghazi says

    1 May 2012 at 10:34

    Wuaah!
    Heaven habis pesta buku tu.
    Rugi saya tak dapat pergi ๐Ÿ™

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 May 2012 at 11:04

      Masih ada masa lagi.. Sampai hari Ahad ni bro.

      Reply
  4. anif says

    1 May 2012 at 11:47

    Ada masa jangan lepaskan peluang singgah ke acara ni.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 May 2012 at 13:52

      Cuti-cuti macam ni memang sesuai. Hujung minggu ni pun sesuai.

      Reply
  5. alieza dayasari says

    1 May 2012 at 13:06

    ramai nyer……
    leeza tak berkesempatan nk terjah PWTC. kirim jer buku kat org yg pergi.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 May 2012 at 14:02

      Memang ramai. Cikgu kirim pun tak apa. Lagipun kalau pegi lagi pening nak mencari. Banyak sangat buku. Rambang mata pulak.

      Reply
  6. rahman says

    1 May 2012 at 13:43

    bagus juga idea naik tren tu…..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 May 2012 at 14:10

      Parking kat setiawangsa.. pas tu naik tren ke pwtc memang senang bro. tapi kena bawak bag la. nanti nak bawak buku takde la menjinjing.

      Reply
  7. titan says

    1 May 2012 at 16:05

    bila aku nak pergi nih. huhu..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 May 2012 at 23:57

      esok masih ada bro..

      Reply
  8. tehr says

    1 May 2012 at 23:39

    kami beli kat kedai biasa je malam tadi
    nak ke pesta buku tu, jauh sangat ๐Ÿ˜€

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 May 2012 at 23:55

      Dah jauh nak buat camna kan cikgu.. Kalau saya jauh pun saya tak datang semata2 nak beli buku kat pesta buku ni.

      Reply
  9. shraqs says

    2 May 2012 at 13:14

    Hari Ahad lepas pegi jugak, dptla 2-3 buku yang dicari. Semalam pun 1 mei pegi lagi skali. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      2 May 2012 at 13:23

      Wah.. banyaknye masa terluang. Pegi banyak kali.. Isteri saya pun ajak pegi lagi sekali. Ntah buku apa pulak yang nak dicarinya tu.

      Reply
      • shraqs says

        2 May 2012 at 17:20

        Kebetulan hari cuti, ambik kesempatan sebaik mungkin

        Reply
  10. Izzuddin Fauzi says

    2 May 2012 at 20:00

    Seronoknye dapat ke sana… Insyyaallah, lusa dapat ke sana. Hehehe ๐Ÿ˜€

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      2 May 2012 at 23:22

      Pegilah.. Insyallah bermanafaat.

      Reply
  11. muazfaris says

    3 May 2012 at 08:18

    wah banyak nye borong buku.. terkejut den

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      3 May 2012 at 08:45

      Tu pun masih nak pegi lagi hujung minggu ni.Hehehe

      Reply
  12. Dulu Lain Sekarang Lain says

    3 May 2012 at 21:47

    oiik best tu. Kalau kawe masuk sana sebelah pagi, sebelah petang belum tentu mahu kuar. Syok ehhh bila banyak buku utk di lihat dan di baca. Kalau balik KL, mesti lepak kat MPH beberapa jam…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 ยท BG Minimalist on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in