Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Seratus oh Seratus

Seratus oh Seratus

22 January 2013 by Cikgu Hairul

01_RM100_bm

[news]Abah Murid: Nak ambik duit RM100 pun kena menunggu sejam ke? Lembab la cikgu ni.
Cikgu : Sabar pak cik. Semua pun kena tunggu juga. Kami kena sahkan satu-satu.
Abah Murid: Nak sahkan apa lagi. Bagi je duit tu kan senang cerita.
Cikgu : Ye lah, kami nak pastikan murid ni anak pakcik ke bukan. Pakcik bawak surat beranak?
Abah Murid: My Kid tu ke? Mana ada, hilang la cikgu.
Cikgu: Kalau hilang sila buat laporan dan buat yang baru. Lepas ni baru datang ambik duit ni ye pakcik.[/news]

Macam-macam alasan diberikan. Rupa-rupanya inilah dia bapa yang tak bertanggungjawab. Anak ditinggalkan bersama ibunya tanpa nafkah bertahun-tahun. Bila tahu ada bantuan dari kerajaan, dia nak ambik kesempatan la pulak. Tak lama kemudian, ibu Murid tersebut datang dengan Suaminya. Terkejut beruk dia sebab bekas suaminya nak ambil hak anaknya pulak. Seratus oh seratus..

[news]Abah Murid 2: Cikgu, boleh tak saya ambik dulu duit RM100 tu. Saya ada miting dengan client projek juta-juta ni. Takut terlepas miting pulak.
Cikgu : Pakcik kena ikut giliran. Orang lain pun ada urusan juga.
Abah Murid 2: Takpela cikgu, saya tunggu..[/news]

Errr.. projek juta-juta, RM100 tu sedekah je la kat sekolah. Tapi itu kan hak dia. Ambil la, jangan cakap meninggi diri dengan cikgu sudah. Seratus oh seratus..

[news]Abah Murid 3: Sejam nak kena tunggu baru dapat RM100. Kalau saya kerja ni dah dapat puluh-puluh ribu!
Cikgu : Abistu kenapa tak pegi kerja? Esok kan boleh ambik.
Abah Murid 3: Owh ye ke? Ingatkan hari ni je. Anak saya tak bagi tau pun.
Cikgu : Ada dapat surat dari pihak sekolah tak? Cuba baca surat tu semula.
Abah Murid 3: (Sambil keluarkan surat dari poket baju) Tak perasan la cikgu ada surat ni.[/news]

Anak juga yang salah… Seratus oh seratus.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. wandisini says

    22 January 2013 at 11:07

    anak saya ada mykid. tapi 6 tahun lagi baru nak sekolah.boleh tak saya amik rm100 tu cikgu. kalau saya tak dapat amik duit tu, duit saya kurang RM100 untuk cukup RM1 juta.hahaha…

    Reply
  2. hairulafiz says

    22 January 2013 at 14:30

    cerita 2 dan 3 tu memang sepatutnya tak layak amik rm100. yela senang nak dapat duit puluh2 ribu dan juta2, tapi kerajaan tetap gak bagi semua…

    Reply
  3. Leeza Dayasari says

    22 January 2013 at 18:52

    TADI DI SEK.. mak ai. mcm pasar.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      22 January 2013 at 23:17

      Ada kesah menarik tak Leez? Blh la kongsikan. Mesti best.

      Reply
  4. sharafie says

    22 January 2013 at 19:45

    macam² karenah manusia ni..yang riak, yang sombong dan mcm² lagi la..sabar jela cikgu..asalkan urusan yang cikgu buat berjalan dengan lancar..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      22 January 2013 at 23:16

      Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tinggal tunggu bayaran untuk cikgu je.. hehe

      Reply
  5. Izzat Aziz says

    23 January 2013 at 00:48

    Moga bantuan ini digunakan untuk persekolahan anak. Banyak berlaku akhirnya duit masuk dalam poket ibu bapa, digunakan untuk diri sendiri. Walaupun ada hak, masa inilah boleh mengajar anak mengenaik berhak dan hak.

    Reply
  6. Aya says

    23 January 2013 at 19:16

    Macam-macam je perangai..mesti pening c.hairul pening melayan karenah orang…

    Reply
  7. wan math says

    23 January 2013 at 23:54

    sek sy plak mula bayar 25 Jan 13 nie.kbetulan plak sy guru kelas.sy la yg akan edarkn duit tu.hadoii….

    Reply
  8. UmmiKami says

    24 January 2013 at 09:23

    Salam hormat salam Maulidur Rasul buat Cikgu Hairul 🙂

    Semoga sabar dan tabah dalam menempuh kerenah manusia.
    Dalam erti perkataan pada pandangan kak Ummila, susah nak didik masyarakat yang tak ada kesedaran civic ni…

    Reply
  9. hairulafiz says

    25 January 2013 at 12:12

    bila citer bab duit semuanya ada mcam2 karenah..

    Reply
  10. nazray says

    26 January 2013 at 19:53

    nasib baik ade abah satu sampai abah 3, kalau sampai abah 10, pening kepala nak layan, paling tak patut, abah yang no 1, macam tu pun ade ke?

    Reply
  11. titan says

    29 January 2013 at 23:57

    haha, sabarkan ajelah..

    Reply

Leave a Reply to Cikgu Hairul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in