Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Sudah-Sudah La Tu

Sudah-Sudah La Tu

16 April 2013 by Cikgu Hairul

bendera partiKenapa sudah 50 tahun lebih punya negara berdaulat tetapi perangai semakin berulat? Kita dah 12 kali buat pilihanraya, tapi masih menampakkan ketidakmatangan berpolitik. Perbuatan siapa ni? Dari pak menteri, sampailah penyokong setia parti. Adu domba jadi pekerjaan.

Masing-masing cuba mengetengahkan sikap buruk lawannya. Habis semua aib dalam spenda terkeluar. Mereka yang tak salah pun boleh macam jadi pesalah bila persepsi dijadikan macam realiti.

Fitnah bermaharajalela. Caci maki dah macam makanan asasi. Menghambur kemarahan tanpa melihat kepada alQuran. Bila orang kata tiada iman mulalah nak saman. Hakikatnya orang sudah mula berbicara. Itu salah, ini tak betul, ikutlah jalan Nabi. Jangan ikut jalan Yahudi.

Sudah-sudah la tu..

Takkan kemana sikap buruk itu. Takkan nak jadikan Tanah Melayu ini pusat berita palsu. Takkan kita nak jadikan Bumi Bertuah ini medan fitnah. Takkan kita nak jadikan Bangsa Malaysia ini bangsa tercela. Ingatlah, Bala Allah tidak diturunkan hanya kepada pelaku maksiat, mereka yang tidak bersalah juga akan terkena tempiasnya. Bila tiba saat itu… (tak tau nak kata)

Sudah-sudah la tu..

Jaga mulut, jaga tangan. Kita jangan jadi ejen kemaksiatan. Orang cerita buruk orang, kita yang share pun dapat saham. Kita like cerita tipu orang, dipercayai pulak rakan taulan, pasif income tak dapat nak tahan. Akhirnya pahala dituntut, dosa sebeban orang humban akibat kita tak jaga mulut dan tangan.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Hazmin Hamudin says

    17 April 2013 at 08:58

    Kalau dah gila kuasa, dah tak fikir dosa pahala ni bro.. Tau nak untung sahaja.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 April 2013 at 08:21

      moga meraka dan kita diberi hidayah..

      Reply
  2. anif says

    17 April 2013 at 09:30

    Nampaknya masih jauh lagi perjalanan menuju demokrasi sebenar..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 April 2013 at 08:20

      50 tahun ternyata belum cukup mematangkan kita.

      Reply
  3. hafiz says

    17 April 2013 at 13:19

    memang tak faham bro, yg pelik tu berkopiah masa berkempen pun sanggup menjatuh aib org..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 April 2013 at 06:47

      Berkopiah, bersongkok, berserban, atau togel sekalipun kalau hatinya kotor macam ni la jadinya. Semoga semuanya dapat hidayah Allah.

      Reply
      • hafizmd says

        20 April 2013 at 15:46

        lebih sedih bila ambe tgk, ramai yg percaya apa saja yg keluar dari mulut mereka yg berkopiah…seolah2 kerna pakaian mereka membenarkan mereka menghina org lain

        bila pakaian luaran menjadi penilai…

        Reply
  4. Zida says

    17 April 2013 at 16:07

    Demi kuasa, demi nak menakluki manusia, demi wang ringgit, semuanya sanggup, sedih jugak tengok negara sendiri macam ni. Huhu

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 April 2013 at 06:45

      Dulu kita cuma tengok kat negara orang je. Sekarang live depan mata. Sampai kita pun tak tau nak buat macam mana. Hai la dunia..

      Reply
  5. Khairul Zamri says

    18 April 2013 at 19:54

    bukak FB ke twitter ke penuh sal politik, kalu baik2 xpe nie fitnah sana maki sini, semak kelapa gua yang mmg tgh semak dah nie

    Reply
    • hafizmd says

      20 April 2013 at 15:41

      Betul tu bro. Jadi, ambe sarankan kita pakat terjah blog bro KZ baca entri camne nak tenangkan jiwa..best!

      Reply
  6. ejam says

    24 April 2013 at 12:46

    bila kepentingan diri yg jadi target utama aspek lain tolak tepi dah asalkan dapat yg dihajati..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      24 April 2013 at 19:51

      Hati-hati masa buat pilihan nanti 🙂

      Reply
  7. titan says

    24 April 2013 at 17:20

    haha..sabarkan ajelah..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      24 April 2013 at 19:55

      Sabar… emmm..

      Reply
  8. azzai says

    25 April 2013 at 09:07

    Sedih dengan sikap orang melayu sekarang, sesama kita suka maki hamun dan mencerca sesama sendiri sedangkan bangsa lain bergelak ketawa melihat kita berbalah. Bersatulah bangsaku tanpa mengira pegangan politik, semoga kita akan hidup aman makmur tanpa sengketa demi keamanan dan kesinambungan hidup anak cucu kita

    Reply
  9. Amar says

    1 May 2013 at 14:21

    Kalau mereka tidak lagi memandang kepada Allah, biarlah mereka rebah. Kalau mereka berjuang tanpa memandang kepada Allah, biarlah mereka rebah. Kalau ditindih batu itu dapat buat mereka memandang kepada Allah, tindihlah mereka dengan batu. Kalau kudung itu boleh membuat mereka memandang kepada Allah, kudungkanlah mereka.

    Ya Allah, kalau kepalaku tidak lagi memandu perjalanan hidupku kepada Mu, tolong cabut kepalaku. Biar hukumMu dan peraturanMu saja yang menggantikan kepalaku. Asal saja aku dapat sampai kepadaMu.

    Reply

Leave a Reply to ejam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in