Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Suka Join Program Entah Apa-Apa

Suka Join Program Entah Apa-Apa

19 December 2013 by Cikgu Hairul

Program ntah apa-apa

Pelik juga memikirkan perangai dan sikap manusia ni. Sampai satu tahap, kita tak boleh nak terima perangai dan sikap mereka yang pelik itu. Fikir lama-lama, terasa akal kita tak sampai ke tahap pemikiran mereka.

Obses dengan program buat duit di internet tanpa tahu hujung pangkalnya membuatkan orang sekeliling pening kepala. Kadang-kadang tengok sekali lalu pun dah tahu program tersebut satu scam. Tapi masih ada juga yang promote bagai nak gila.

Selalunya perkara ini terjadi kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia internet. Nampak je program yang kununnya mendatangkan duit, mesti nak masuk. Akhirnya semua program yang disertai tidak mendatangkan satu manafaat pun untuknya. Eh! Terdesak sangat ke nak cepat kaya? Mana ada kejayaan semudah tu. Hari ni joint program, esok jadi jutawan? Walaupun begitu tak masuk akal bunyinya, namun ada juga golongan yang terikut.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Fadhil says

    19 December 2013 at 09:08

    benar cikgu. tiada jalan pintas menuju kejayaan. tapi nak gagal, memang banyak short-cutnya. hehe

    Reply
  2. titan says

    19 December 2013 at 09:45

    program yang agak mengarut tu..tak payahlah join ek.

    Reply
  3. TehR says

    19 December 2013 at 10:12

    betul
    perlu juga selidik sedikit sebanyak
    mana boleh main belasah je

    tak pasal2 kita pula yang kena belasah

    Reply
  4. ema says

    19 December 2013 at 10:45

    hairan juga bila sesetengah orang ni mudah sangat terpedaya…”tak buat apa-apa, tunggu duit masuk saja” mcm mana duit nak masuk kalau tak buat apa-apa, kat situ pun dah nampak tipunya.

    Reply
  5. Amar says

    19 December 2013 at 19:56

    Jalan pintas tu memang ada. Tapi arahnya kemana?…

    Reply
    • Amran says

      22 December 2013 at 14:06

      Kalau ada jalan pintas, aku juga nak tahu.. hahaha

      Reply
      • Amar says

        23 December 2013 at 05:06

        Ada 4 Jalan pintas confirm kaya:
        1. Rasuah – sangat berkesan untuk hal-hal berkaitan dengan tender dan potong queue.
        2. Tipu – scam dan semua yang melibatkan mulut manis.
        3. Tindas – memindahkan beban perniagaan kepada orang lain. Jika kos overhead meningkat, tak perlu tunggu, pindahkan saja kepada pengguna. Naikkan harga.
        4. Riba – teknik yang tak pernah rugi.

        Reply
  6. Arman says

    22 December 2013 at 11:41

    Pernah kawan aku ajak aku join satu program. Pelaburan serendah Rm600. Tiap bulan dapat pulangan. Setakat ini duit dalam akaun mmg ada. Tapi utk keluarkan duit belum cukup syarat. Kompom aku tidak mahu ikut…scam.

    Reply
    • Amran says

      22 December 2013 at 14:05

      Kalau ada perjanjian pulangan secara tetap tu ciri2 skim menipu. Dalam perniagaan mana ada yang untung memanjang.

      Reply
  7. Amar says

    23 December 2013 at 05:12

    Perniagaan paling untung ialah pinjaman kewangan. Beri pinjaman perumahan dengan kadar riba mengikut BLR. Yang penting perjanjian itu mestilah berat sebelah. Gunakan ayat manis untuk menipu. Dalam tempoh 20 tahun untungnya memang gila. Nak lagi untung namakannya sebagai Pinjaman Islamic, boleh cekik lagi sempit. Bila peminjam tak boleh bayar, jangan risau, tindas dia sampai muflis. Kalau peminjam usaha lepaskan diri dengan cara miranda, rasuah saja mana-mana pihak yang boleh pancung balik. Terbalik!!!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in