Alhamdulillah, surat yang ditunggu-tunggu dah pun sampai. Surat Jemputan Konvokseyen UTM selamat tiba. Girang sungguh hati ini.
Konvokesyen akan diadakan pada 23 hingga 26 September ni. Ahhh pening, aku kena sisi ke 5. Hari Isnin 26 September. Dah la raptai hari Jumaat 23 September. Lamanya nak kena tunggu kat sana. Wajib hadir pulak tu. Boleh ke escape raptai?
Ohoo.. banyak benda nak kena beli. Sekarang ni terfikir nak pakai apa ye. Nak berbaju melayu? sekarang ni kalau tempah sah-sah tak sempat siap. Kalau nak pakai Long Suite kena beli la pulak. Paling kurang pun RM300. Yuran konvo pulak RM200. Mana nak carik duit ni. Pening palo.
Kali ni aku konvo tanpa abah. Mak ngan isteri je la yang akan pegi nanti. Kesian abah tak sempat tengok anaknya konvo. Masa pendaftaran kat UTM dulu, abah masih sempat hantar. Sedihnya..
Kengkawan semua macam mana? korang nak stay mana nanti? Ish tak sabar rasanya nak lambung topi. Gaya-gaya Harvard gitu. Okes nanti kita jumpa kat sana ye. Rindu kat korang.
buat ijazah sambil kerja ker? open university ke macam mana?
Yup.. keja sambil belajar. Kat UTM..
tahniah bro….kita konvo sekali la nnt….
tu pn dh kena sesi 4….huhu….
Aku sessi 5… Heheh