Maka yang mana satu nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Lihat anak-anak kita, masih lagi berbasikal atau berhimpit lagikah seperti ini untuk ke sekolah? Saya percaya, sebilangan besar ibu-bapa menghantar anak mereka dengan berkereta besar. Paling kurang pun naik van sekolah. Jarang lihat ibu-bapa menghantar anak ke sekolah menaiki motor apa lagi berbasikal.
Bayangkan bertapa gigihnya mereka. Barangkali itulah pengangkutan yang mereka ada. Motor itulah untuk menghantar anak, motor itulah untuk menghantar isteri, motor itulah untuk mencari rezeki. Mungkin juga motor itulah satu-satunya harta kepunyaannya.
Kita?
Barangkali berkereta dua. Setiap anak punya motorsikal sendiri. Paling tidak pun punya basikal sendiri. Semua itu nikmat yang tidak terkira banyaknya untuk kita.
Maka yang mana satu nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Syukur atas segala nikmat Tuhan yang memberikan kita harta dan kenikmatan hidup tanpa batas.
anif says
Perlu sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan..
Cikgu Hairul says
betul tu bro.
Leeza Dayasari says
bertapa mahu ke sekolah. hargailah kemudahan dan kesenangan yg kita ada.
Cikgu Hairul says
besarnya pengorbanan ayah.. kalau anak tu dah besar tak bersyukur memanglah nak kena.
Achik Ezz says
Gunakan semaksimumnya…
erat silaturrahim.duduk rapat2. Peluk erat2..
amlanblogger says
Bersyukur kepada allah kerana dilahirkan di malaysia yang aman dan sentosa.
Jebeng Otai™ says
mmg cukup2 bersyukur dah skang ni..
kimmie says
bersyukur, kita mempunyai nikmat yang begitu banyak, harap digunakan dengan baik.
beckhr00y says
di dunia ni pasti ada yang lebih susah dari kita
auc dot com says
ingin kita balas semua nikmat yg Allah kepada kita selama ini? pastinya x terbalas oleh kita.
Kita hanya mampu bersyukur atas segalanya… mudah2an Allah terus mengurniakan nikmat selamaNya…
Cikgu Hairul says
terlalu sedikit orang yang benar-benar bersyukur
cmratu says
macam2 nikmat kita rasa hari ini.. alhamdulillah..
tehr says
setelah nikmat hilang, baru tersedar betapa banyak nikmat yang telah diperolehi selama ini
Hafizul says
pernah rasa naik basikal masa sekolah rendah dulu..lepas tu ayh beli motor, terus lupakan jasa basikal..hahaha
akubiomed says
1. Memang sepatutnya bersyukur dengan apa yang ada.
2. Keselamatan perlu diutamakan tiada kompromi didalam hal ini.
Naziman says
Ini lah yang orang kata, kita tak sedar nikmat yang ada. Kita tak sedar kita ada nikmat melihat, mendengar, rasa dan banyak lagi. Sebab tak pernah bersyukur.