Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Teksi vs prebet sapu

Teksi vs prebet sapu

30 March 2016 by admin

Taxi VS Uber
Taxi VS Uber

Kecoh juga bila cup cake yang secotet direbut ramai-ramai. Pemandu Teksi di bandar dah kena berkongsi hasil pendapatan dgn prebet sapu Uber dan Grabcar. Sudahnya pemandu Teksi sampai mogok.

1. Customer Teksi dan Grabcar gunakan app yang sama. Pengguna tentu akan bandingkan kedua-duanya, mana yg lebih murah akan jadi pilihan. Ini tentulah TAK memihak kepada Teksi. Lainlah kalau harganya sama.

2. Method kawalan kualiti. Cara old school yg dikenakan kepada pemandu Teksi tu macam-macam; inspection kereta, permit, dan bla bla. Cara Uber dan Grabcar ialah proses pendaftaran, insentif dan proses penyingkiran. Kurang belanja keluar oleh pemandu. Hasilnya ramailah yg berminat untuk jadi pemandu samada fulltime ataupun parttime.

3. Kenderaan. Teksi menggunakan kenderaan yg menggunakan bahan api petrol dan NGV untuk meminimakan overhead. Prebet sapu yg cerdik gunakan kereta enjin hybrid atau kereta injection yg jimat petrol.

Suatu method tu tak terpakai selama-lama. Manusia sentiasa cari method baru untuk suatu masalah.

Dulu Teksi. Hari ni ada Uber dan Grabcar.

Cara old school tahan teksi tepi jalan. Cara hari ni guna app di smartphone.

Cara terdahulu utk jimat petrol ialah guna NGV. Hari ni cara hybrid.

Ada banyak peraturan baru diperkenalkan untuk memaksimakan kutipan cukai. Dan ada banyak juga idea baru untuk bekerja lebih smart. Orang yg berpegang cara old school akan kena tindas.

Tak perlu bising dan harap orang berikan solusi. Berfikirlah, cari solusi. Just my two cents.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Raihanah Ahmad says

    1 April 2016 at 11:00

    baru tahu apa masalah uber2 yang digembar gemburkan ni. betul tu, kena fikirkan cara baru agar sentiasa in dalam market

    Reply
    • Amar says

      3 April 2016 at 08:30

      Pemandu teksi bising sebab profession mereka tidak lagi diberi perlindungan sedangkan mereka telah membayar ufti melalui inspection, permit dll. Tapi definisi perlindungan sebenar ialah bekerja cara smart.

      Reply
      • Raihanah Ahmad says

        4 April 2016 at 13:34

        macam-macamlah, kerajaan pun samalah kena up to date selalu

        Reply
      • JebengOtai ™ says

        4 April 2016 at 17:19

        kdg2 pon silap pembuat dasar..kebykkan permit dibeli kompeni besar dan diagihkan kepada pemandu teksi..ada ketika pemandu sakit tetap kene bayar cas yg dikenakan..tp entahlah

        Reply
  2. semak saman says

    2 April 2016 at 20:45

    dalam dunia bisnes, rasanya persaingan itu akan selalu ada. dan tak ada istilah ambil rezeki orang lain. apa yang boleh kita buat, perbaiki servis yang ada pada kita supaya orang memilih kita.

    Reply
    • Amar says

      3 April 2016 at 08:35

      Betul tu. Perbaiki servis, dan hadapi arus perubahan. Sekali air bah, sekali pantai berubah.

      Reply
  3. Hero Borneo says

    5 April 2016 at 17:47

    Prebet sapu memang satu ancaman kepada teksi…

    Selagi kemelut begini tidak diselesaikan cara. bagus maka mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara akan tetap berada di takuk lama

    Reply
  4. Bahrain says

    7 April 2016 at 21:40

    Saya dah 2 kali naik Uber memang puas hati tak payah cash dan jimat.

    Reply
  5. Amar says

    10 April 2016 at 08:53

    Mogok yg dibuat oleh pemandu teksi ibarat anjing menyalak bukit, suara habis, bukit tak luak. Kalau pemandu Uber/Grabcar boleh dapat 6K sebulan, pemandu teksi perlu belajar cara mereka. Kalau “pihak tu” betul nak melindungi karier pemandu teksi, dah lama “pihak tu” ambil tindakan habis2an. Mengapa pemandu teksi masih beri kepercayaan kepada “pihak tu” untuk beri perlindungan? Find your own way out.

    Reply
  6. Hafizul says

    12 April 2016 at 16:05

    Tu la..sekarang ni tak sempat nbak follow semua menda ni.. saya masih lagi guna cara lama.. macam seronok pula tahan teksi tepi jalan.. hehe..

    Reply
  7. Hanafi Abdullah says

    30 May 2016 at 07:47

    Cara baru lebih menguntungkan para pengguna dan dalam masa yang sama memberi ancaman kepada pemandu teksi versi lama..

    Reply
  8. Oh! MotoGP says

    12 June 2016 at 11:32

    pemandu teksi masih menggunakan teknik tradisional iaitu menunggu, sebaliknya tidak ‘improvise’ dengan perkembangan teknologi semasa.

    Reply
  9. ira says

    6 December 2016 at 10:21

    ohh, thanks for sharing

    Reply

Leave a Reply to Raihanah Ahmad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in