Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Terasing Di Bumi Sendiri

Terasing Di Bumi Sendiri

24 December 2013 by Cikgu Hairul

Toleh kanan dan kiri, terasa ada mata-mata yang memandang. Perjalanan dari Setiawangsa ke KL Sentral menaiki LRT terasa sangat lama. Bukan kerana jauhnya jarak, tapi kerana mata-mata yang menumpu. Entah ada apa yang tak kena pada aku hari ini..

Nak kata hidung tak ada, mustahil.. Baru pagi tadi aku korek hidung sampai nak terkopak rasanya. Nak kata takde mata, mustahil! baru kejap tadi mata aku melihat awek cun tanpa bra. Tapi pandangan-pandangan manusia di sekelilingku sangat ketara. Terasa mereka semacam mengejek. Mungkin ini hanya perasaanku.

baju melayu
Baju Melayu Cekak Musang

Owh.. mungkin pakaianku menjadi tumpuan. Berbaju melayu, bersampin dan bersongkok. Pelikkah pakaianku di bumi kelahiran aku sendiri… Tanah Melayu. Salahkah aku berbaju melayu bukan pada hari Jumaat? Owh, kalaulah itu yang menjadi punca jelingan mereka, aku sangat malang. Aku terasing di bumi sendiri.

Aku buang jauh-jauh perasaan dan prasangka buruk yang menghantui jiwa. Persetan dengan mereka. Bukan aku menyusahkan mereka, bukan juga aku gunakan duit mereka. Biarlah pakaian ini menjadi pelik di bumi Tanah Melayu ini. Aku tidak sanggup membiarkan ia menjadi lebih pelik lagi satu hari nanti.

Dalam tak sedar, tren tiba di KL Sentral. Ramai manusia berpusu-pusu masuk dan keluar dari LRT. Kuperhatikan satu-satu sosok tubuh mereka. Tiada seorang pun wajah seperti aku memakai pakaian seperti aku. Ya.. aku terasing di bumi sendiri.

Ahhhh.. biarkan perasaan ini bermain-main. Aku masih bermonolog di bangku tempat menunggu. Melihat kalau-kalau ada manusia seperti aku. Ternyata hampa.

Kebanyakkan mereka selesa mengenakan busana dari barat. Baik lelaki, baik perempuan, kelihatan bangga dengan pakaian tersebut. Detik hatiku sekali lagi, ahhhh.. biarkan mereka. Sebenarnya mereka yang terasing di bumi sendiri. Ya! mereka! bukannya aku yang terasing di bumi sendiri.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. kakiblog says

    24 December 2013 at 10:34

    kadang-kadang kita terlalu prihatin dengan orang lain sehingga timbul rasa tidak selesa kepada diri sendiri.

    Reply
    • Amran says

      24 December 2013 at 10:44

      Mungkin juga..

      Reply
  2. Irwan Alessa says

    24 December 2013 at 11:04

    Tak mungkin mereka merasa janggal melihat.. Sebab pakaian itu adalah biasa kita lihat pada Hari Raya.. Tapi adakah hanya boleh di pakai di waktu perayaan baru orang tak janggal untuk melihat??

    Biasa pakai begini setiap minggu, bila tiba hari Jumaat..

    Reply
    • Amran says

      24 December 2013 at 12:00

      Hari jumaat pun ada yg bertanya.. nak nikah lagi ke.. hehehe. Orang kita…

      Reply
  3. encikarman says

    24 December 2013 at 12:19

    ni maknanya ko ada personaliti. respek bro.
    psttt,,,, betul ke ternampak awek cun tanpa bra? ohoho

    Reply
    • Amran says

      24 December 2013 at 20:07

      Hahaha.. dalam tren macam-macam boleh nampak bro.

      Reply
  4. Amar says

    24 December 2013 at 19:11

    Sebetulnya pakaian Baju Teluk Belanga siap bersamping itu pakaian bangsawan. Bagi orang banyak ia pakaian yang istimewa, bukan pakai hari-hari. Jadi telah sekian lama orang banyak pakai pakaian istimewa ini hanya pada hari perayaan. Hari biasa pakai juga, tapi lebih simple. Tak bersongket dan baju juga dari fabrik biasa.

    Baju Melayu itu sifatnya ‘mengurung adat’ dan ‘mendakap diri’. Jadi ada cara pemakaiannya. Tampak segak dan gah. Dan tentunya jadi cermin si pemakai. ‘Mengurung adat’ dengan menjaga susila dan tutur sepanjang masa. ‘Mendakap diri’ dengan falsafah dan kaedah pemakaian yang khas. Buncit pun boleh tampak tegap, segak bergaya.

    Jadi bila dipakai siap lengkap, tentu saja si pemakai nampak berbeza. Padanya ada adab dan personaliti. Eloklah maknanya kalau jadi tarikan mata sekeliling.

    Reply
    • Amran says

      24 December 2013 at 20:08

      agree

      Reply
  5. blogger lelaki says

    24 December 2013 at 22:54

    hu3…mungkin ada orang yg respek dgn bro sebab pakai baju Melayu..sebab tu ada yg pandang semacam je

    Reply
    • Amran says

      27 December 2013 at 11:34

      respect? mungkin juga.. hahah. gelak besar aku.

      Reply
  6. Izzat Aziz says

    25 December 2013 at 00:13

    Kalau aku melihat orang berpakaian berbaju melayu pada hari yang tidak menjadi kebiasaan, aku juga akan memerhati, tetapi tidak menilai. Sekadar bertanya, tidak panas ke?

    Tiada salah memakainya, biasalah benda yang berlainan menjadi tumpuan mata. Aku dah lama tak merasa berbaju melayu, mungkin bertahun-tahun waktu akhir aku berbaju Melayu. Raya nanti mungkin, kalau ada rezeki.

    Reply
    • Amran says

      27 December 2013 at 11:52

      Baju melayu mana panas.. selesa dan sejuk je. tak caya? cuba pakai hari-hari. hehe

      Reply
  7. Rina says

    25 December 2013 at 12:00

    Hal yang serupa juga terjadi di Indonesia terutama di jawa, kalau kita pakai kebaya (atasannya saja) tu dikiranya mau menghadiri kondangan/acara pernikahan atau apa padahal cuma mau beli sesuatu di supermarket ๐Ÿ˜€
    Sangat disayangkan, sekarang pakaian adat sudah jadi pakaian khusus (formal) untuk hari2 tertentu, beda dengan zaman dulu orang2nya ya memakai pakaian adat tersebut setiap harinya
    Semoga secara personaliti kita semua tidak kehilangan jadi diri …

    Reply
    • Amran says

      25 December 2013 at 15:49

      Rina orang Jawa? Saya juga berketurunan Jawa.. ๐Ÿ™‚

      Reply
      • Rina says

        2 January 2014 at 08:46

        Iya, tepatnya dari Kediri Jawa Timur ๐Ÿ™‚

        Reply
  8. Hafizul says

    26 December 2013 at 15:26

    Emm biasanya baju melayu dipakai bila ada majlis tertentu..kan?

    Reply
    • Amran says

      27 December 2013 at 09:34

      Sekarang ni ye. Dulu2 masa kita belum kena jajah, baju melayu jadi pakaian harian.

      Reply
  9. TehR says

    26 December 2013 at 16:45

    aku setuju
    pakai je apa yang kita mahu pakai
    asal saja tak dedahkan aurat
    tak susahkan orang

    Reply
    • Amran says

      27 December 2013 at 11:37

      Biar pakaian itu melambangkan siapa kita..

      Reply
  10. Vee says

    2 January 2014 at 18:05

    klu saya ternampak lelaki memakai baju kurung bkn pada hari jumaat juga hari cuti , saya akan anggap mrk nak gi kursus nikah … heheheee . tapi tiada pandangan wajah yg pelik sbb masih berpakaian sopan dan menutup aurat !

    Reply
    • Amran says

      3 January 2014 at 12:06

      Hahah.. tapi biasanya memang akan dikaitkan la dengan satu aktiviti rasmi kan.. dah jadi kemestian tuh.

      Reply

Leave a Reply to Amar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 ยท BG Minimalist on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in