Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Teruskan

Teruskan

26 August 2013 by Cikgu Hairul

Photo : http://octari.wordpress.com/Teruskan. Itulah pesan Guru saya masa mula-mula nak bercakap di khalayak. Masa tu memang betul-betul ketaq lutut. Suara macam tak mampu terkeluar dari kerongkong. Peluh jantan mula membasahi diri.  Padahal pada masa tu cuma kawan-kawan yang duduk di depan.

Ketakutan melakukan sesuatu kadang-kadang akan menghalang kita dari berada di kedudukan sepatutnya. Bayangkanlah kalau tak berani ke depan untuk bercakap, mungkin sampai sekarang saya tak akan grad dari universiti. Presantation yang saban hari diadakan melatih diri untuk mula bercakap dengan khalayak.

Apa yang saya cuba kaitan cerita itu dengan kehidupan? Dalam apa sahaja tindakan yang kita lakukan, kita harus berani. Bila dah berkira-kira melakukan sesuatu, teruskan.. Jangan biarkan sekerat jalan. Buang sangkaan-sangkaan buruk yang sering bermain dalam minda. Fikirkan sesuatu yang positif.

Tidak dinafikan, sepanjang perjalanan melakukan apa yang telah kita mulakan ada pelbagai halangan dan dugaan yang terpaksa kita tempuh. Apa gunanya akal? Fikirkanlah jalan penyelesaian, jangan cepat mengalah, jangan sesekali putus asa. Teruskan selagi mampu. Teruskan sehingga mencapai matlamat akhir yang telah kita tetapkan.

Putus asa? Bolehkah kita berputus asa? Kalau tanya saya, saya kata boleh je. Dengan syarat kita hentikan tindakan yang kita lakukan. Rancang strategi baru dengan kaedah yang lain pulak. Putus asa dengan jalan yang terlalu banyak ranjau tak apa. Carilah jalan lain yang lebih selamat dan tak banyak duri.

Sesungguhnya aku menasihati kamu bukanlah bererti aku orang terbaik dari kalangan kamu. Bukan juga orang paling soleh dalam kalangan kamu. Kerana aku juga pernah melampaui batas di masa lalu. Ambillah mana yang sesuai, tinggallah mana yang kamu rasa tidak sesuai untuk kamu.

Suntikan semangat di hari Isnin. Nak memulakan tugasan kena ada booster. Biasanya hari Isnin ni la rasa semangat tu lemau semacam. Bila tiba hari Jumaat, sedar-sedar fail atas meja menggunung. Masa tu barulah gelabah. Terkejar-kejar dengan due date, akhirnya kerja kita jadi tidak berkualiti.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. titan says

    26 August 2013 at 09:29

    aku dulu pun ketaq gak masa mula-mula.

    bila dah biasa..jadi seronok plak. haha..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      26 August 2013 at 09:42

      Seronok jugak dapat menggoreng. Tapi kalau tetiba ada orang besar, ketaq tu datang semula. Hahah

      Reply
  2. Amar says

    26 August 2013 at 09:56

    Ada dua cara: [1] Kuatkan semangat untuk hadapinya. [2] Kenal diri dan binasakannya, semua halangan tu bukan lagi apa-apa. La maujudan bilhaqqi ilallah.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      26 August 2013 at 20:30

      thanks atas motivasi tambahan itue..

      Reply
  3. Hazmin Hamudin says

    26 August 2013 at 11:40

    Memang berpeluh nak bercakap depan orang ramai ni. Sampai sekarang kurang berani lagi. Hehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      26 August 2013 at 20:29

      latihan tanpa jemu je dapat memupuk sikap berani.

      Reply
  4. hafizmd says

    26 August 2013 at 11:48

    dah lama tak bercakap di depan audiens yang ramai =)

    bakat dah beku…uhuhuhu

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      26 August 2013 at 20:32

      Gilap balik la bakat tu.. Kasi gilap sampai cair. hehe

      Reply
  5. Irwan Alessa says

    26 August 2013 at 12:40

    Hahahaha pernah berpeluh atas stage ,masa tu kena baca text ucapan.. Hahaha hari pertama jadi ketua pengawas dulu.. hahahaha

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      26 August 2013 at 20:32

      Owh ketua pengawas rupanya. Mesti hebat bercakap nih..

      Reply
  6. onlajer says

    26 August 2013 at 16:06

    kalau cikgu da kira senanglah ya hari – hari cakap dekat depan hehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      26 August 2013 at 20:41

      Tak juga.. cakap kat kelas lain dengan cakap kat khalayak dewasa.

      Reply
  7. Mus says

    26 August 2013 at 23:00

    biasanya permulaan memang begitu.. dah lama, biasalah tu

    Reply
  8. Bahrain says

    27 August 2013 at 00:59

    nak bercakap dengan orang ramai, pergh! memang blur habis semua ayat hilang kuar. Cakap pun boleh terputar belit. haha. Tapi bila bercakap depan orang ramai macam cakap dengan semut. ramai orangkan tu yang nampak mcm semut.

    Reply
  9. Mohd Shubhi says

    27 August 2013 at 11:16

    Dari pengalaman, berdebar tetap ada tapi hanya dalam permulaan 3 ke 5 minit awal sahaja. Selepas itu rasa macam tak cukup masa pulak…

    Reply
  10. Muaz says

    27 August 2013 at 12:13

    ayuh kita teruskan..

    kuatkan azam.. 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      27 August 2013 at 19:03

      Bersama la kita..

      Reply

Leave a Reply to Mus Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in