Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Tips Menghadapi UPSR

Tips Menghadapi UPSR

7 September 2011 by Cikgu Hairul

Minggu depan peperiksaan UPSR bermula. Inilah peperiksaan awam besar pertama anak-anak hadapi. Debaran bukan saja bagi mereka yang menghadapi peperiksaan malahan ibu bapa turut sama berdebar. Lagi-lagi kalau anak sulung yang ambik periksa.

Tips ini bolehla dikatakan petua juga. Aku dapat tips ni masa nak ambik UPSR tahun 1992 dari seorang atuk di kampung. Alhamdulillah, bukan saja UPSR tapi sampai sekarang kalau nak ambik apa-apa exam aku guna petua ni.

  1. Tidur awal.
  2. Bangun awal /solat dan berdoa.
  3. Sarapan.
  4. Datang sekolah awal.
  5. Jangan baca apa-apa nota atau berbincang dengan kawan-kawan sebelum masuk dewan.
  6. Berselawat sebelum masuk dewan.Masuk dewan kaki kanan.
  7. Duduk dan baca doa serta selawat.
  8. Tarik nafas panjang dan hembuskan perlahan-lahan. Buat banyak kali sehingga hilang gementar.
  9. Isikan maklumat pada kertas jawapan.
  10. Sebelum menjawab baca arahan dengan teliti. Berkatalah dengan diri sendiri “aku boleh jawab semua soalan ini”.
  11. Jawab dengan tenang dan jangan tergesa-gesa.
  12. Semak semula jawapan.
  13. Keluar dewan dengan senyap. Jangan berbincang tentang soalan yang dah lepas dengan kawan-kawan. Fokus pada peperiksaan seterusnya.
Inilah sedikit sebanyak tips dari aku. Untuk perhatian ibu bapa, jangan terlalu memaksa anak anda belajar sampai tak beri kebenaran bermain langsung. UPSR bukanlah segala-galanya. Apa yang penting didik anak jadi manusia cemerlang akhlak. Insyallah kecemerlangan akademik akan menyusul.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. ciksembang says

    13 September 2011 at 11:16

    tips ni mmg sy gunakan utk anak2 saya… sayang zaman sy dah berlalu.

    Reply
  2. Aya BW says

    15 September 2011 at 00:59

    tips yang sangat berguna. ini antara tips yang Aya guna dulu.. :). SATU LAGI. Sebelum pi sekolah, salam dan cium tangan mak ayah . Mintak ampun ..ok.. 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      15 September 2011 at 09:51

      Patutla jadi murid cemerlang.. Hehehe

      Reply

Leave a Reply to ciksembang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in