Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Wordless Everyday

Wordless Everyday

4 August 2011 by Cikgu Hairul

Ini versi tanpa kata dengan kata-kata. Serius aku tak ada mod untuk menulis waktu bulan puasa ni. Aktiviti hidup lebih kepada diam tanpa kata.

Dikala kawan-kawan sibuk bercerita tentang bazar ramadhan, aku semacam tak hirau. Kebenarannya aku belum pun menjejak bazar ramadhan walaupun dah 4 hari berpuasa. Pelik bukan? Tak pelik pun. Aku berazam meminimakan pemakanan dan meningkatkan amalan di bulan ramadhan ini.

Dikala kawan-kawan sebuk berfacebook dan tweet sana sini. Aku hanya mampu memandang timeline dan buku wajah tu tanpa perasaan. Bukan aku taknak mencoretkan sesuatu, seriusly aku takde mod.

Sebenarnya aku mengalami demam puasa. Sejak 1 ramadhan terasa segala sendi bagaikan nak tercabut. Tekak perit, batuk tak henti-henti. Sampailah saat ini suhu badan kejap naik kejap turun. Nasib baik waktu solat terawih badan ok sikit. Mungkin Allah nak beri peluang aku beribadat.

Semoga aku mendapat kekuatan untuk menulis lagi esok hari.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. sutera says

    10 August 2011 at 11:37

    semoga cepat sembuh cikgu khairul 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      10 August 2011 at 22:23

      terima kasih. demam dah sembuh. batuk n selesema je yang masih ada lagi.

      Reply
  2. Mekar says

    11 August 2011 at 17:36

    Salam Ramadhan,

    Kalu sya di awal2 puasa, badan masih mampu bertahan. tapi kalu dah lebih 10 hari puasa badan terasa sikit lemah. tekak pun kering, perut pun xselesa. tapi tak lah sampai demam. bergantung badan masing2 tu.

    Betul…xyah la gi bazar ramadhn tu kalu rasa xmampu nk kawal nafsu. Macam sya&suami ni mcm2 nk beli bila gi situ. semalam je dah habis rm50. makanan smlm pun ada simpan lagi. jadi hari ni kena ikat kaki supaya tak gi bazar lg.hihi

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      11 August 2011 at 20:31

      Bagus la camtu. Jimat sikit belanja. Tapi nak masak pulak jadi masalah. Heehheh

      Reply

Leave a Reply to Cikgu Hairul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in