
Wordless Wednesday adalah hari di mana ramai blogger menampalkan sekeping gambar tanpa ulasan. Siapakah pelopornya aku kurang pasti. Terpulanglah kepada blogger semua samada nak buat entry wordless wednesday atau tak. Tak ada sapa nak marah dan tak ada sesiapa pun yang menghalang.
Pada pendapat aku, blogger yang menyertai budaya ni macam hari rehat jugak la. Berehat dari memikirkan karangan berjela. Sekeping gambar menceritakan 1000 cerita. Terpulang kepada pembaca nak menafsirkannya mengikut sudut pandangnya sendiri.
Aku ada beberapa entry je wordless wednesday ni. Lepas tu dah tak buat sampai sekarang. Antara sebab aku tak buat entry wordless wednesday ni, aku bukanlah blogger sepenuh masa. Aku menulis bila ada idea terlintas di kepala. Kadang-kadang tu kering jugak idea ni. Nak snap gambar lepastu upload takkan nak letak wordless wednesday jugak walaupun bukan hari Rabu. Jadi terpaksalah karang juga sepotong dua ayat. Jadi dapatlah aku idea menulis berdasarkan gambar. Sama sebijik macam budak darjah satu yang cikgu suruh buat ayat berdasarkan gambar tuh. Ingat lagi tak kaedah tu? So takde la wordlessnye macam tu. ada gambar je.. Ada cerita.
Bila tiba hari Rabu, terfikir juga nak letak gambar je. Ishh tak kuasa la nak ikut-ikut. Biarlah entry aku semuanya berkata-kata, bukan tanpa kata. Lagipun dengan hantar sekeping gambar je mungkin boleh mendatangkan sangkaan yang tak sepatutnya. Daripada sekeping gambar tu diinterpratasikan dengan seribu cerita baik aku creatkan cerita siap-siap. Beringat, takut orang salah tafsir. Tak salah kan?
tak pernah lagi buat wordless rabu. sebab aku pun bukan blogger sepenuh hati. kadang-kadang bila hati terbuka je baru nak menulis dalam blog 🙂
Terpulanglah kepada idea masing-masing kan..
kalau banyak idea, menulis lagi best la.. kalau tak.. WW memang sempoi.. tapi semuanya atas citarasa masing2 la..
Idea tu kadang-kadang susah juga nak datang kan. Disebabkan nak ada entry, snap gambar menarik pastu post je la.
aku pun malas ikut. Tak best. haha..
Ko takpe titan.. Hari2 ada update blog pasal earning.. Siap bagi tips lagi macam mana nak dapat duit. Hehehe. Kalau letak gambar sekeping cek pun ok apa..hehee
setakat ni baru 7 untuk entri WW aku.kekadang je buat entri WW ni…
Ok gak kan kalau tak terlalu kerap buat ww. Boleh kumpul gambar yang betul2 wordless.. Kalau blogger luarnegara mereka banyak buat aksi pelik2 pastu postkan.
Dulu rajin juga ikut,sejak 2 menjak ni macam malas pulak…gambar byk nak dikongsi.
Kalau Cikgu malas boleh auto publish jer,buat siap2 pas tu hari rabu akan publish dengan sendiri..