Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Wordpress For Nokia E5

WordPress For Nokia E5

8 July 2011 by Cikgu Hairul

Carian saya selama setahun aplikasi wordpress untuk Nokia E5 masih lagi mengecewakan. Rupa-rupanya ada juga benda yang kita cari tak ada. Pakcik Google juga tidak dapat memberikan maklumat yang tepat tentang pencarian saya ni. Ada dikalangan pengguna menggelarkan Nokia E5 ini Mystery Phone.

Betul-betul misteri

Aplikasi wordpress yang saya maksudkan adalah aplikasi yang membolehkan saya update blog dari Nokia E5. Kalau model-model lain sangat mudah nak jumpa. Tersangat cemburu dengan iPhone yang dahpun mengeluarkan wordpress untuk kegunaan pengguna-penggunanya.

Apa yang saya jumpa sepanjang pencarian saya ialah wordpress untuk nokia E5 tipu. Saya kata ianya tipu sebab bila kita install dalam handset, aplikasi itu tidak dapat berfungsi. Mungkin handset saya je yang jadi macam tu. Kadang-kadang ada juga terfikir macam tu. Tapi bila baca forum-forum nokia, semua pengguna kata macam tu.

sama la kita

Antara web yang menyediakan download perisian ini adalah symbian.net, mobile9.com dan mobile24.com. Versi yang ada adalah versi 0.85, versi 0.86 dan versi 0.87. Semua saya dah cuba install. Masih juga mengecewakan.

Kalau boleh install ia akan jadi macam ni.

Ini gambar kalau saya boleh install wp dalam nokia e5

Gambar tu jadi kalau saya boleh install wp for nokia e5 ke fon. Nampaknya kena update guna komputer la. Kalau buat live blogging saya guna juga nokia e5 ni. Tapi dengan hantar email la. Kekurangannya, saya tak dapat meletakkan gambar lebih dari satu. Kalau ada sesiapa yang boleh bagitau cara nak update blog guna Nokia E5 dengan fungsi letak gambar lebih dari satu, kongsikan la kat sini ye. Pleaseeeee…

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Mr Rileks says

    8 July 2011 at 16:35

    bertukarlah kepada iPhone la ckgu… ekekeke… x lama g ada iMsg.. leh free chat ngan iPhone fans yg len…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      9 July 2011 at 14:54

      masih belum mampu la bro..

      Reply
  2. Zaini says

    11 July 2011 at 17:14

    Terima kasih atas perkongsian. Saya pun pakai E5 juga tapi tak tahu pulak ada applikasi WordPress. Kena cari ni. Mana la tau ada. Senang sikit.

    Reply
  3. Amar says

    14 July 2011 at 22:25

    Secara official, WordPress cuma bangunkan Mobile WordPress untuk iOS, Android dan Blackberry. Kalau menulis blog dari phone suatu keperluan, lepaskanlah E5 tu. Kalau simpan, hati tak gumbire, buat apa simpan? Yea tak? Blackberry dan Android boleh dapat harga menarik dari CG.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      15 July 2011 at 00:46

      setakat ni guna E5 pun dah cukup baik. cuma kalau ada Mobile WP for E5 itu lebih bagus.

      Reply
  4. Ibu Mifzal Arsyad says

    26 April 2012 at 13:51

    guna phone yg OS nya android..mmg ada WP utk android.. 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      26 April 2012 at 14:57

      tengah dalam perancangan juga tu kak.

      Reply

Leave a Reply to Ibu Mifzal Arsyad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in