Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / InfoKerjaya / Gaji Permulaan Pemegang PhD Cuma RM2000?

Gaji Permulaan Pemegang PhD Cuma RM2000?

28 July 2016 by admin

Macam tak percaya je bila tengok iklan kerja di sebuah protal pencari kerja ni. Gaji permulaan untuk seorang pemegang PhD cumalah RM2000. Apalah nasib lepasan PhD sekarang ni. Jawatan yang ditawarkan pensyarah kolej. Tapi cuma ditawarkan gaji RM2000 sebulan? Lekeh sangat kot kerjaya pendidik zaman sekarang ni.

Itu graduan yang ada PhD. Bukan Ijazah Sarjanamuda Pendidikan dari universiti swasta mahupun sijil dari kolej vokasional. Tengok pada kelayakkan, macam-macam yang diminta. Siap request at least ada 12 bulan pengalaman mengajar. Takkan cuma tawarkan RM2000 untuk Phd dan ada setahun pengalaman mengajar?

Bila direnung-renung semula, aku cuba menduga-duga mungkinkah ini jawapannya. Pensyarah Pengajian Islam rupanya. Owhhh.. patutlah tak sanggup nak bayar mahal. Ilmu tu kan free. Allah yang bagi. So, RM2000 tu kira murah la. Kalau ikutkan Majikan ni, dia suruh je pemegang PhD tu mengajar Pendidikan Islam di Kolejnya secara percuma. Tapi macam tak patut pulak kan. Maka keluarlah iklan macam ni….

Iklan Dari  JobsMalaysia
Iklan Dari Sebuah Portal Pencari Kerja.

Haritu kecoh tangga gaji cikgu lebih baik dari tangga gaji pensyarah universiti. Aku macam tak berapa percaya. Tapi bila tengok sendiri iklan jawatan ni, ada betulnya juga.

Bertabahlah wahai pendidik. Kalian sedang berada di dalam  zaman kegelapan. Majikan cuma tahu memerah keringat. Tak apa lah, kalau pun tak mampu senang di dunia, di Sana nanti insyaallah senang.

Filed Under: InfoKerjaya

Comments

  1. Khairul Zamri says

    30 July 2016 at 21:20

    Kalau degree tu pun macam boleh terima lah sikit-sikit pun. Pengalaman pun banyak tu

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      9 September 2016 at 07:03

      Nak jimat bro. Pengalaman tiada nilai sekarang.

      Reply
  2. lokmanamirul says

    18 September 2016 at 14:32

    phd pun rm2000 ja, kalau diploma macam saya entah camna.

    Reply
  3. Ira says

    27 November 2016 at 14:28

    ekonomi makin gawat, moga para pendidik terus tabah dalam mendidik anak bangsa.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in