Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Resipi Nasi Goreng Kampung Mudah Untuk Bersahur

Resipi Nasi Goreng Kampung Mudah Untuk Bersahur

10 August 2011 by Cikgu Hairul

Teringat masa bujang-bujang dulu. Bila malas nak keluar makan sahur aku suka masak nasi goreng. Menu simple je. Senang nak buat dan tak mengecewakan. Kadang-kadang beli kat kedai rasa je sedap, tapi cara penyediaannya tak bersih. Bahannya pulak boleh buat aku botak kepala.

Bila dah kawin, aku try masak resepi ni untuk bersahur. Nasi goreng kampung yang dicipta khas oleh aku. Tak tiru sapa-sapa punya tau. Terbukti… resipi ini buat isteri aku menjilat jari. Hehehe.

Resipi Nasi Goreng Kampung. (Untuk 2 orang makan)

Gambar Hiasan je

Bahan-Bahan.

  • Nasi 2 pinggan ( masak masa nak tidur)
  • Ikan Bilis segenggam.
  • Bawang merah 2 ulas.
  • Cili padi 7 bijik. Kalau nak rasa cirit letak 10 bijik.
  • Telur 2.
  • Minyak masak satu sudu. Untuk rasa macam orang kaya sila guna minyak zaitun.
  • Garam secukup rasa.
  • Sayur ikut suka. Biasanya kobis atau sawi.
Cara Membuatnya.
  • Bersihkan bahan-bahan.
  • Tumbuk bilis, bawang, cili dan garam. ( Guna lesung batu)
  • Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
  • Setelah naik bau dan berasap satu dapur masukkan nasik. Gaul rata.
  • Bila dah rata pecahkan telur atas nasi tu. Gaul bagi rata.
  • Masukkan sayur. Jangan lama sangat atas api.
  • Tunggu dah agak-agak kering, bolehla angkat.
Kalau nak letak serbuk kunyit pun boleh untuk tambahkan warna. Aku tak suka bewarna-warni ni. Aku suka yang simple-simple je.
Selamat mencuba hidangan nasi goreng resipi asli ini ye.
p/s: aku memang seorang lelaki sejati.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Bintang Biru says

    16 August 2011 at 14:54

    wahh!
    boleh la try nanti. ^^

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      16 August 2011 at 18:18

      cuba la… tak rugi pun mencuba kan.. hehehe

      Reply
  2. Miss_Farah says

    24 August 2011 at 15:24

    Bestnya dpt laki yg pndai memasak..huhu..

    Reply
  3. Cikgu Hairul says

    24 August 2011 at 15:35

    Tak pandi sangat la Miss Farah.. Main campak-campak jer ni

    Reply
  4. mahzatula says

    16 March 2012 at 21:43

    sy semmgnya pegemar nasi goreng, sbb bla kat rmh dah tak tahu nak msak apa….ingat nasi goreng je.
    klu kat off biasanya mkn nasi greng kerabu.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 March 2012 at 01:12

      Nasi goreng masakan paling simple. Sedap pun sedap. Nasi goreng kerabu tu cam ne ye?

      Reply
  5. Amirul Hakimi bin Kamaruzaman says

    2 May 2012 at 22:21

    Makanan ni sungguh sedap bila makan cubalah.Tapi saya makan pedas.

    Reply
  6. fafhan says

    15 May 2012 at 15:41

    assalamualaikum

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      15 May 2012 at 16:11

      Waalaikumsalam..

      Reply
  7. Wawa says

    30 June 2012 at 11:40

    Tp kn, sya x ska mkn sya.. Leh x, law kite x yah letak sayur?

    Reply
    • Wawa says

      30 June 2012 at 11:43

      mksd sya sayur

      Reply
      • Cikgu Hairul says

        30 June 2012 at 15:21

        boleh je. tapi tak seimbang la makanan tu.

        Reply
  8. aefos says

    2 August 2012 at 03:15

    resepi ni lbih kurg mcm resepi aq jgak.. just.. aq pnye last skali sblm angkt.. aq mskkn serai yg dh di potong halus2..

    Reply

Leave a Reply to Wawa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in