Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Sapa lagi risau?

Sapa lagi risau?

10 September 2012 by Cikgu Hairul

pecutan akhir

Esok merupakan hari pertama peperiksaan UPSR di seluruh Malaysia. Kepada rakan-rakan blogger yang anaknya akan ambil exam esok, didoakan semoga tenang dan dapat jawab semua soalan yang diberikan dengan betul.

Kepada ibubapa yang beragama Islam, saya sarankan agar kalian berpuasa sunat sepanjang anak- anak ambil exam. Doa orang yang berpuasa sangat mustajab tambahan pulak doa dari ibubapa. Itulah yang sebaiknya. Ikhlas dan khusyu’ memohon pertolongan dari Yang Esa. Usah harapkan orang lain untuk doakan anak kita. Dan, waktu-waktu akhir ni rasanya tak perlulah nak push anak untuk terus study.  Ajak mereka berbual untuk kurangkan resah diorang… Eleh,tapi rasanya mak bapak yang lebih risau. Si anak masih duk ngadap FB lagi, main angry bird.

Kepada si anak, rapatkan diri dengan Allah dan jalinkan hubungan yang baik terutama dengan ibubapa, ahli keluarga dan guru- guru. Bila orang sekeliling selesa dengan kita, InsyaAllah, keberkatan akan bersama-sama kita. Moga Allah beri kebaikan untuk diri dan agama kita.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. anif says

    11 September 2012 at 00:17

    Bila anak ambil exam, ibu bapa tentunya lebih risau! :D.. Err itu normal!

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      12 September 2012 at 08:23

      lagi-lagi kalau anak sulung. dah tentu risaunya terlebih. tengok berita semalam, ada yang sanggup ambik cuti semata-mata menemani anak ambik exam.

      Reply
  2. Leeza Dayasari says

    11 September 2012 at 08:08

    leeza rasa cikgu lbh risau woooo…….

    Reply
    • shraqs says

      11 September 2012 at 10:22

      Cikgu risau bila buat post-mortem nanti. 🙂

      Reply
      • hafizmd says

        11 September 2012 at 13:08

        hoho….post mortem dlm apa jua bidang mmg mendebarkan =)

        Reply
        • Cikgu Hairul says

          12 September 2012 at 08:25

          terlebih risau sebab kena menjawab..hehehhe. kalau semua dapat 5A takpe la. Kalau ada yang dapat E, maunya tak gigil.

          Reply
  3. Ibu Mifzal Arsyad says

    11 September 2012 at 12:09

    belum ada anak yg besar lg n ambil periksa..kalau tak mmg si ibu lebih gelabah dr anak..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      12 September 2012 at 08:28

      Mulakan persediaan awal.. insyallah tak gelabah.

      Reply
  4. hafizmd says

    11 September 2012 at 13:01

    Mmg rasanya ibubapa yg lebih risau. Anak2 biasanya nampak rileks saja luarannya =)

    Anak2 kalau baik dgn cikgu, insyaAllah mudah menjawabnya. Salah atau betul, belakang kira…hehe

    Mudah-mudahan pencapaian lebih cemerlang utk tahun ni….ameen

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      12 September 2012 at 08:30

      Insyallah..

      Kekalkan hubungan baik tu dari darjah satu. Baik dengan ibu bapa, baik juga dengan cikgu. Insyallah doa mereka sentiasa mengiringi.

      Reply
  5. ury says

    11 September 2012 at 13:44

    pernah alami anak menduduki UPSR 2 thn lepas.
    memang risau melebihi yang periksa, siap ambil cuti lagi tu…
    Itu semua kerana harapan ibupaba ingin melihat anak meraka berjaya.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      12 September 2012 at 08:34

      anak2 stress tak kalau kita ada sekali waktu dia exam? beruntunglah anak2 sekarang kan.. kalau zaman kita dulu, takdernye mak abah nak ambik cuti.

      Reply
  6. onlajer says

    11 September 2012 at 17:06

    macam mak bapak je yang melebih , risaukan anak kawan atau saudara mara lebih cermerlang daripada anak sendiri

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      12 September 2012 at 08:40

      hahaha.. itu la kan. sebab budaya masyarakat kita yang suka membandingbeza.

      Reply
  7. segalabenda says

    11 September 2012 at 19:47

    bila pelajar nak exam biasanya guru yang terlebih risau..o.k ke k.o anak murid aku ni..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      12 September 2012 at 08:42

      cikgu kengkadang risau sebab anak murid macam tak rasa apa-apa nak menghadapi peperiksaan. main je sepanjang tahun. fuhhhhhh

      Reply
  8. Jebeng Otai™ says

    11 September 2012 at 20:50

    dulu masa kita amik periksa pon mak bapak kita pon risau juga..skang turn kita lak..hehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      12 September 2012 at 08:43

      kehidupan ibarat roda.. kalau dulu mak abah cikgu cuma risau, sekarang mak abah ambik cuti tunggu kat pintu pagar, time kita nanti agaknya duduk dalam dewan sekali ngan anak-anak kot.

      Reply
  9. Fadzmie says

    11 September 2012 at 21:46

    Semestinya ibu bapa yang lagi risau. Adik saya ada 2 orang (kembar) ambil UPSR tahun ni. Memang serabut kepala mak saya. Haha.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      12 September 2012 at 08:44

      wah kembar ke? jangan dibandingbezakan mereka sudah la. takut2 belum abis exam mereka dah down.

      Reply
  10. nur hidayah isa says

    12 September 2012 at 00:08

    teringat masa amek upsr dulu. last day subjek sains demam2 masa tu. nasib baik leh jawab gak. hehehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      12 September 2012 at 08:49

      Cemerlang..

      Reply
  11. irsah says

    13 September 2012 at 15:47

    Yelar.. rata cerita anak dengan UPSR.. tak pulak isau Post Mortem lepas keputusan nanti.. Cikgu macam mana??? Ada goyang juga ker disana??? Maklumlah masing2 menjaga KPI.. huhu

    Reply
  12. Achik Ezz says

    13 September 2012 at 17:27

    Cikgu sememangnya risau. Pihak sekolah macam2 dah buat untuk anak murid. Kalau anak cemerlang dikatakan anak memang genius,rajin belajar dan memang genetik bijak2. Tapi kalau anak kureng sket, kata cikgu kurang bagi tumpuan pada anak…adoiiyaiii…masa post moterm,cikgu kene tembak lagi..kenapa? Kenapa? Kenapa?
    Achener tu nak jawab?

    Reply
  13. Hairul Azni says

    19 September 2012 at 20:32

    Tapi cikgu Hairul mesti rileks punya..anak2 murid mesti score..beliau ialah cikgu terbaik..tak gitu cikgu Hairul?

    Reply
  14. Hafizul says

    20 September 2012 at 15:37

    kalau ikutkan tajuk, sy rasa cikgu-cikgu yang lebih risau lagi dari ibu bapa..hahaha

    Reply
  15. titan says

    22 September 2012 at 20:23

    memang ramai yang risau nih. haha..

    Reply
  16. auc dot com says

    23 September 2012 at 20:09

    Ibu bapa dan guru2 yg risau tapi anak murid buat x tau je 🙂

    Reply

Leave a Reply to Ibu Mifzal Arsyad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in