Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / This Account Has Been Suspended

This Account Has Been Suspended

4 March 2012 by Cikgu Hairul

Pening, sedih, geram.. itu apa yang aku rasa bila bukak-bukak je blog ni keluar โ€œThis Account Has Been Suspendedโ€. Tunggu punya tunggu tak juga selesai. Apa lagi terus hantar ticket ke hosting provider. Tunggu lagi.

Aku tercari-cari facebook sealserver dan twitternya. Jumpa je terus cari apa masalah yang berlaku. Ada satu tweet mengatakan server sedang dalam maintanance. Aku rasa lega sikit. Tapi lepas 24jam masih juga tak ada perubahan aku mula geram. Takkan buat maintanance sampai 24jam. Takpe lah, check ticket kot-kot dah ada balasan, umpama menunggu bulan jatuh ke riba.

Usaha mesti diteruskan untuk mencari punca sebenar kegagalan blog ini dilihat. Usaha juga untuk menghubungi owner sealserver. Dalam laman web sealserver.com tak ada pulak sebarang contact number. Ahh.. takpe, aku cuba dan cuba. Akhirnya aku jumpa di whois. Terus hantar sms minta kepastian.

Tak lama tu pihak sealserver hantar sms kata akan update status suspended tu dan beritahu sebabnya.

Salam En. Khairul,
Pihak kami dapati load reseource daripada server tinggi dari akaun tuan, dan kami juga jumpa skrip autoresponder di dalam host. Adalah dimaklumkan penggunaan autoresponder adalah dilarang dalam rangkaian shared hosting, melainkan ianya diinstall pada server yang en. Khairul guna sendiri sepenuhnya (dediacated server).

Ini kerana skrip sebegini menggunakan resource yang amat tinggi dan mengakibatkan lebih 500 orang pengguna lain pada server sama terganggu. Oleh itu, pihak kami minta buang penggunaan skrip tersebut.

Sekarang barulah aku tahu kedudukan sebenar perkara. Salah sendiri rupanya. Aku install skrip autoresponder dalam server. Hahaha.. Nah padan muka aku. Kan dah kena suspended.

Sebenarnya skrip autoresponder tu aku tak pasang di sealserver pun. Skrip tu aku pasang masa kat hosting lama. Masa perpindahan tu aku ingatkan autoresponder tu dah tak boleh guna, so biarkan je la folder tu. Tapi rupanya masih juga berfungsi. Tu yang makan resource tingi tu.

Pagi tadi juga aku buang segala skrip autoresponder dan database yang ada. Kesian kat kawan-kawan yang duduk dalam server yang sama. Minta maaf ye kawan-kawan.

Terima kasih juga pada pihak sealserver yang sabar melayan kerenah customer yang sorang nih.. hehehe. Aku janji tak buat lagi dah.

Sementara tu, aku cuma nak sampaikan pesanan kepada pihak sealserver. Blog / laman web tu lebih cantik kalau diletakkan nombor telefon untuk dihubungi. Kedua, letakkan tearm and condition supaya tak ada lagi orang yang nak cuba buat ujikaji macam yang aku buat ni.

Apapun walaupun agak lambat balas ticket dan sms, alhamdulillah selesai juga. Dan jangan lupa update-update la selalu tweeter dan facebook tu ye. Sebab kalau ada apa-apa masalah customer akan terpa ke sana dulu.

Ok wasallam..

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. anif says

    4 March 2012 at 15:36

    Hehe.. lain kali lebih berhati-hati ye. ๐Ÿ˜€

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      4 March 2012 at 15:44

      Hehe. terima je la kesalahan sendiri. Terima kasih atas ingatan bro anif.

      Reply
  2. faizfakhirin says

    4 March 2012 at 17:13

    beware beware beware..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      4 March 2012 at 22:58

      Sudah semestinya bro.

      Reply
      • faizfakhirin says

        5 March 2012 at 19:37

        bila nk pakai yg DotCom xtau..mls nk setting bendalah nih semer yg masalah utama nih..hahaha

        Reply
  3. Aya says

    5 March 2012 at 07:05

    Aya pun lawat blog cikgu hairul.. tup-tup akaun suspended.. actually aya pun pernah alami benda yang sama.. berdebar2 masa tu.. risau hilang semua database.. alhamdulillah, nasib baik takda yang hilang.. anyway lepas ni kita sama-sama kena berhati-hati..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      5 March 2012 at 08:44

      Hati-hati dan backup selalu.

      Reply
  4. lazaac says

    5 March 2012 at 07:18

    lazaac dah banyak kali kena warn sbb exceed resource limit… dan brapa kali jgak kena suspended sbb exceed tu jgak… last2 angkat kaki, guna VPS jer… senang citer… tp sbnrnya still tinggi lg, tp dah pakai VPS, tinggi mana pun kita pakai, ada sapa nak marah..? huhu… xde..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      5 March 2012 at 08:46

      VPS belum mampu lagi la Lazaac. Wah apa projek sampai guna resource tinggi tu? Hehehe.. mesti banyak testing nih..

      Reply
      • lazaac says

        5 March 2012 at 09:21

        lebih kurang ler cikgu… banyak projek.. tu sbb xleh pakai shared hosting.. :p

        Reply
  5. Juan says

    5 March 2012 at 13:03

    ish, patutlah blog aku slow, ko rupernyer, hehehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      5 March 2012 at 15:52

      Ada terjejas ke bro? Heheh. Sorry ler.

      Reply
  6. b3njy says

    7 March 2012 at 00:38

    Patutlah aku ingat blog cikgu dah kena hack …. hahahaha … salah sendiri tak per …. engaku je lah ๐Ÿ˜€

    Kira dah lancar kembalilah ni kan ? ๐Ÿ˜€

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      7 March 2012 at 06:13

      Sekarang dah ok bro. Dah buang semua skrip tuh.

      Reply
  7. tuan tanah says

    7 March 2012 at 15:31

    perkongsian pengalaman sebegini bagus, sekurang mana yang tdk kena maybe akan lebih berhati selepas ini

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      8 March 2012 at 02:21

      Untuk saling ingat mengingati.

      Reply
      • tuan tanah says

        8 March 2012 at 10:00

        itu la kadang aku sendiri pengalaman rakan blogger patut dijadikan ikhtibar ๐Ÿ˜‰

        Reply
  8. kodinz says

    8 March 2012 at 00:28

    aku ingat kena hack ker aper la td. dia suh guna autoresponder cam aweber kot tuh ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      8 March 2012 at 02:18

      Hehehe… Kalau kena hack kuar macam tu gak ke?
      Skrip tu memang best. Boleh menjahanamkan server. Bayangkanlah, sekali pasang 500 orang terjejas. Dasat sungguh.

      Reply
  9. shraqs says

    8 March 2012 at 09:35

    Haiyya… nasib baik diorang tak suspend terus akaun. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 March 2012 at 12:06

      Kalau suspend mau nye meraung. Dahla susah dihubungi.

      Reply
  10. Rina As says

    9 March 2012 at 22:15

    Kita jadikan ini sebagai pengalaman berharga dan semoga kedepannya tidak menimpa kita lagi
    Terus semangat blogging Cikgu !!!

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      9 March 2012 at 22:28

      Terima kasih atas nasihat.

      Reply
  11. chii says

    12 March 2012 at 10:34

    wooo..alhamdulillah..chii x pernah alami mcm tu..lg plk..chii ada tuan tanah yg tlg..eheheh

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 March 2012 at 01:25

      Beruntunglah badan.. ada yg nak tolong.

      Reply
  12. hafizmd says

    19 March 2012 at 14:10

    hehe…rupanya salah sendiri…takpelah…klau tak kena, tak tahu mana silapnya kita…tak gitu cikgu? =)

    mmg ada penyedia hosting yg hanya bergantung pada ticket semata2…tu yg jadi payah skit tu..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 March 2012 at 12:04

      Betul tu bro.

      Reply
  13. rahman says

    20 March 2012 at 11:55

    takde no phone kat website.. memang kelakar ..tapi kalau kena time kita emergency mahunya jadi mengamuk.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 March 2012 at 12:11

      Dapat juga dicari di whois no fon dia. Tapi sms je la berjawab. Lega sket bila dia balas sms tuh.

      Reply
  14. OrangAkaun says

    22 March 2012 at 14:22

    aku pernah kena suspend sebab theme or plugins ada backdoor. So si anon guna domain aku untuk spam tempat lain. Untuk selamatkan keadaan & imej domain, si owner syokhost terus suspend account aku..nasib baik la..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      22 March 2012 at 16:27

      Owh bahaya tu..

      Reply
  15. puanbee says

    23 March 2012 at 11:15

    autoreponder tu untuk apa pulak cikgu ?

    hehe kena ambik tahu jugak ,kot2 kita pun ada buat apa2 kesalahan kan

    Reply
  16. Hafizul says

    19 April 2012 at 23:40

    Emm mahal pengalaman cikgu dapat ni. Haha

    Reply
  17. mohd afira says

    4 May 2014 at 15:38

    mcm mana langkah nak hilangkan This Account Has Been Suspended pada website http://www.pondoksgdurian.com

    Reply
    • Amran says

      4 May 2014 at 15:47

      Cuma pihak webhosting je yang boleh normalize. Cuba call pihak webhosting.. Tanya sekali kenapa dia letak status suspended. Nanti mereka akan explain la..

      Reply
  18. mohd afira says

    5 May 2014 at 08:26

    mcm mana ye nak call pihak webhosting??blh sapa2 bg pendpat atau bantuan

    Reply
  19. mohd afira says

    5 May 2014 at 08:39

    boleh bg no hp tak kat email…..mudah nk tanya….tgh pening nih huhuhuh tlog lar [email protected]

    Reply
    • Amran says

      5 May 2014 at 10:24

      Nak call atau hantar support ticket, pegi ke web hosting provider. Login akaun bro dan hantar support ticket. Kalau ada fb/twitter boleh follow kat sana. Lebih cepat klau hantar support ticket. Guna webhosting mana bro?

      Nak hubungi saya guna email boleh terus ke bahagian page hubungi. Atau boleh juga ke twitter.

      Reply
  20. Farahaznil says

    26 March 2015 at 00:16

    Salam bro..skrng masih guna sealserver lagi tak? Sbb sy pula punya masalah “This web page is not available”….hmm puas dah contact sealserver hantar ticket bagai..huhu

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      26 March 2015 at 15:07

      Wslm. Sekarang dah tak pakai sealserver. Mimpi ngeri bro.. Customer service susah nak dihubungi. After sale service verry bad. Skrg pakai internet-webhoating.com

      Reply

Leave a Reply to tuan tanah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 ยท BG Minimalist on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in