Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati

Pengalaman Adalah Cikgu Paling Kejam

28 August 2013 by Cikgu Hairul

Sekejam-kejam manusia bernama cikgu, kejam lagi pengalaman. Bila dengar je berita kekejaman cikgu, muka masih mampu tersenyum. Dalam hati terdetik, itu belum cukup kejam. Apa bayangan kekejaman cikgu pernah kita gambarkan? Apa perbuatan cikgu yang dianggap kejam dalam mendidik anak murid? Kalau setakat rotan, berdiri atas kerusi, berjemur di tengah panas, gigit telinga, itu belum cukup kejam. Terasa hati sangatkah ibu bapa dengan kekejaman cikgu bila cikgu suruh anaknya sapu sampah akibat … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Masuk Universiti Untuk Dapat Kerja Best- Mitos

27 August 2013 by Cikgu Hairul

Mitos yang masih menghantui masyarakat zaman ini ialah masuk universiti untuk dapat kerja best. Seawal usia 5 tahun mak bapak masukkan anak ke sekolah hanya dengan satu tujuan, bila dah besar nanti dapat kerja best. Anak-anak memohon masuk universiti juga hanya dengan satu harapan, bila keluar nanti dapat kerja best. Kita sudah lari jauh dari konsep menimba ilmu. Tanya la sorang-sorang student IPT yang kita jumpa, kenapa dia ambik kursus yang dia belajar sekarang? Sudah pasti jawapannya mahukan … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Teruskan

26 August 2013 by Cikgu Hairul

Teruskan. Itulah pesan Guru saya masa mula-mula nak bercakap di khalayak. Masa tu memang betul-betul ketaq lutut. Suara macam tak mampu terkeluar dari kerongkong. Peluh jantan mula membasahi diri.  Padahal pada masa tu cuma kawan-kawan yang duduk di depan. Ketakutan melakukan sesuatu kadang-kadang akan menghalang kita dari berada di kedudukan sepatutnya. Bayangkanlah kalau tak berani ke depan untuk bercakap, mungkin sampai sekarang saya tak akan grad dari universiti. Presantation yang saban hari … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Penipulah Kalau Anda Kata Tak Pernah Kecewa

25 August 2013 by Cikgu Hairul

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya pernah rasa kecewa. Tak kesah la atas apa sebab dan punca sekalipun, anda pun pasti pernah rasa kecewa kan? Mungkin ya.. Mungkin tidak.. Biasanya orang kecewa akan meluahkan perasaan kepada seseorang. Dia bolehla dianggap sebagai "kaunselor". Kaunselor yang lebih islamik sikit akan menyelitkan ayat alquran dan hadith. "Ceh! Tak kena kat batang hidung hang boleh la cakap macam tu". Sabar la, itu ketentuan la, ada hikmah la, ini yang terbaik untuk kamu la. … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

1998 Saat Ku Dipaksa Menanti

25 August 2013 by Cikgu Hairul

Hari Ahad adalah masa paling santai untuk buat blogwalking. Tapi aku pasti tak sanggup kalau dipaksa Like atau menanti 1998 saat untuk meneruskan bacaan. Penantian itu satu penyeksaan dowh.. Banyak lagi benda lain boleh dibuat daripada menunggu kamu. Sila terasa ye.. … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Semarakkan Bulan Kemerdekaan, Gigih Mengibar Jalur Gemilang

24 August 2013 by Cikgu Hairul

Menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang. Sangat gigih kan? Begitulah tanda cinta kami pada tanah air tercinta. Jatuh lalu mati untuk negara - paksa rela. Keriangan cukup terasa apabila selesai semua urusan. Demi cinta pada negara, sanggup buat apa saja. Bila terfikir pengorbanan pejuang kemerdekaan, "pengorbanan" seperti ini terasa tiada makna. Menyemai erti kemerdekaan kepada mereka ni sesuatu yang susah. Mengajar erti patriotik sebenar teramatlah payah. Unsur luar … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Trend Mengabungkan Huruf Dan Nombor Menjadi Perkataan

22 August 2013 by Cikgu Hairul

Penulisan kita semakin carcamarba. Sudah tidak mengikut peraturan lagi. Tatabahasa sudah semestinya tak betul. Asal mampu difahami dan diterima orang, kira boleh la. Satu masa dulu terjadi fenomena tulisan menggunakan singkatan tak standard. Ia menular dalam kalangan pelajar sekolah. Naik pening cikgu-cikgu BM menanda kertas jawapan. Fenomena itu masih lagi berlaku. Semakin parah pulak sekarang ni bila kita tengok gaya penulisan yang mengada-ngada. Dulu nak ringkas, sekarang tambah panjang … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Gambar Kemalangan Bas Jatuh Gaung

22 August 2013 by Cikgu Hairul

Ngeri, sedih dan simpati dengan mangsa kejadian bas jatuh gaung di Genting Highlands. Beberapa minit selepas kejadian geng whatsapp mention berkenaan tragedi berdarah ini. Apapun kita sama-sama ucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa. Lori dan bas terbabas. Sementara itu di Kota Tinggi, kejadian ngeri juga berlaku dimana sebuah lori tangki minyak terbabas lalu merempuh bas. Gambar ini pun dihantar oleh geng whatsapp yang kebetulan lalu di tempat kejadian. Berhati-hati … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Selagi Tak Habis Raya

21 August 2013 by Cikgu Hairul

Selagi tak habis bulan syawal, inilah juadah feveret. Pegila mana-mana rumah terbuka, kalau tak ada sate macam tak lengkap. Apa pun, berpada-pada nak makan terutamanya tang kuah tu. Saya baru raya kedua muka dah tumbuh jerawat gara-gara terlebih baham kuah kacang. Jangan lupa makan juga bawang dengan timun yang biasanya disertakan dengan sate. Orang kata untuk menutralkan karbon yang terhasil semasa proses membakar sate. Saya kurang jelas bab tu, tapi kalau dah namanya petua kita ikut la untuk … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Beraya Di Pulau Kapas

20 August 2013 by Cikgu Hairul

Catatan sepanjang cuti raya yang paling panjang, dua minggu tu. Sampai tak tau nak buat apa. Ini kali kedua saya berkunjung ke Pulau Kapas. Kali ini bukan misi kurus, tapi santai raya di pulau tanpa penduduk itu. Setelah beraya di kampung, kami meneruskan santai raya ke Kuantan, Pekan, Pulau Kapas dan Gong Badak. Kali ini cuti panjang, maka saya ambik saranan melancong di hari raya. Jeti Pulau Kapas kosong. Cuma ada beberapa orang je yang ada di pulau ni. Raya ke7 yang sunyi sepi. Dikhabarkan … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 34
  • 35
  • 36
  • 37
  • 38
  • …
  • 97
  • Next Page »

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in