Dalam subjek Kemahiran Hidup, ada dimasukkan elemen keusahawanan. Sudah pasti semua orang pernah belajar. Salah satu perkara asas dalam ekonomi yang wajib kita tahu dan faham ialah permintaan vs harga. Jadi kenapa peniaga harus marah kalau harga jatuh akibat dari permintaan yang berkurangan. Selain dari asas itu, ada satu lagi asas iaitu, pengeluaran vs harga. Semakin banyak pengeluaran, semakin rendah harga barangan yang pengguna akan dapat. Beberapa bulan lepas, kalau perasan la harga monopod … [Read more...]
Semarak Jawi
Bismillahhirrahmanirrahim. Bila sebut Jawi, kita tentu masih ingat tulisan Jawi yang semakin jarang kita gunakan. Menulis blog kalau guna tulisan Jawi entah siapalah yang akan baca. Berbeza dengan bangsa dan peradaban lain seperti orang manchuria yang masih mengekalkan warisan tulisan bangsa mereka. Lewat ni ada juga pihak yang cuba menyemarakkan semula tulisan Jawi. Tapi sayang mereka berhajat semarakkan Jawi versi baru yang mengikut acuan rumi. Jadi saya jawab, "Tak payahlah, bikin susah … [Read more...]
Berhenti Kerja Kalau…
Berhenti kerja kalau pekerjaan yang kita lakukan itu semakin menjauhkan kita dengan Allah. Tak kiralah gaji besar sehari sejuta, atau punya pangkat besar sekalipun. Tanpa sedar banyak pekerjaan yang kita buat semakin melalaikan kita. Sibuknya pekerjaan kita sampai lupa solat. Bizinya kerja kita sampai lupa dengan tanggungjawab di rumah. Sibuknya kita sampai jiran dan masyarakat langsung tidak dihirau. Kita bekerja untuk apa? Nak kumpul harta untuk dibawa mati? Kita semua tahu, tak ada satu pun … [Read more...]
Selamat Tinggal Godaddy- Terpaksa Transfer Domain
Ramai blogger beli domain murah melalui Godaddy. Dengan tawaran kupon tak masuk akalnya, godaddy menawarkan serendah USD1.99 untuk domain dot com, dot net dan dot biz. Memang awal-awal dulu nak renew tak ada masalah. Berlambak discount coupon dengan harga renew yang boleh dikatakan murah la jugak. Pendek kata, domain provider kat Malaysia ni pun tak mampu lawan. Tapi, sejak awal tahun aritu, ada ura-ura Godaddy nak hentikan discount coupon untuk renew. Memang betul, sejak bulan Februari haritu, … [Read more...]
Musang yang berkokok
Bismillahhirrahmanirrahim. Pesan orang lama biasa kita dengar, "Masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang kerbau menguak." Tapi tidak pula mereka berpesan apa nak buat kalau masuk kandang babi. Kalau masuk kandang harimau? Kandang gajah? Kalau termasuk lubang taik? Acaner tu?... Memanglah orang lama tak pesan tu semua, cukuplah dengan memberi dua contoh, selebihnya fikir sendiri. Hari ni kita selalu sangat masuk reban musang. Tapi musang tu berbulu ayam. Kita selalu bertemu dan berurusan … [Read more...]
Kalau Jauh Dekatkanlah
Bismillahhirrahmanirrahim. Satu pesan orang tua-tua yang saya selalu bawa, tentang rezeki dan tentang penawar. Kalau jauh kita mencari masih tak jumpa, maknanya ia dekat. 1. Dulu emak saya menderita kerana sakit gaut. Puas cari ubat cari penawar tak jumpa yang serasi. Ketika minum dengan Paktih dan kawan-kawannya sampai gerak saya bertanya. Seorang kawan Paktih beritahu supaya rebus akar senduduk dan minum secawan setiap pagi selama 60 hari. In syaa Allah gaut tu akan nyah terus. Pokok senduduk … [Read more...]
Adab tanpa makna
Bismillahhirrahmanirrahim. Adab itulah yang menjadi nilai. Tanpa adab tiadalah keindahan. Adab itu luas peranannya. Seminggu ni saya agak sibuk menulis app yang baru. Untuk kegunaan in-house saja. Untuk digunakan dalam iPhone. App pelik-pelik ni mana ada di App Store, tulis sendiri sajalah. App dalam iPhone bukan sekadar mementingkan fungsi dan kepenggunaan, malah keindahan. App perlu cantik, baru sedap mata memandang. Itulah adab dalam app. Ada animasi, grafik yang kemas dan mudah digunakan. … [Read more...]
Belajar Cuma Satu Proses Mematangkan Fikiran
Walaupun masih ramai terperangkap dengan perangkap akademik, namun ramai juga yang dah sedar dengan perangkap yang dipasang. Mereka ini punya semangat luar biasa. Kalau buat sesuatu kerja, mesti mahukan yang terbaik. Mereka tak ada pun ijazah bergulung-gulung, tapi ilmu kerjanya mengalahkan seorang yang ada ijazah dalam bidang yang diceburi. Golongan macam ni tak la terlalu ramai. Kalau dikira satu dunia ni, boleh dikira dengan jari. Di Malaysia juga ada, tetapi mereka tak ramai. Boleh la … [Read more...]
Kejayaan Lebih Manis Jika Datang Bersamanya Kegagalan
Adakalanya kita berjaya dalam apa yang kita buat dengan sekali percubaan. Seseorang yang berjaya dengan situasi sebegitu sering leka. Walaupun kejayaan itu sangat bermakna, namun kejayaan tersebut bukanlah satu petanda yang baik untuk kita. Menjadi seorang yang berjaya dalam jangka panjang, adalah hasil dari usaha dan kegigihan serta amalan bijak yang dipraktikkan secara konsisten. Kejayaan sebegini dirasakan lebih manis, lebih bermakna dan lebih dihargai. Ingatlah, seorang kanak-kanak tidak … [Read more...]
Pendrive
Bismillahhirrahmanirrahim. Tak terbayang dimasa dulu yang media simpanan data akan jadi begitu besar dalam saiz yang begitu kecil. Masa zaman saya belajar dulu masih guna disket 1.44MB. Bila nak present artwork terpaksa mampat dengan winzip ke dalam beberapa keping disket. Bila nak baca kena nyah mampat semula dari beberapa disket kembali kepada satu fail seperti yang asal. Rumit sungguh. Khasnya bila kita nyah mampat, fail tu pulak berkurap. Jammed kepala otak. Sekarang pendrive dan … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- …
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- …
- 92
- Next Page »