Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati

Lima Perkara Yang Meletihkan Blogger

2 July 2013 by Cikgu Hairul

Setelah lama berkecimpung dalam dunia penulisan blog, saya dapati hampir seluruh kehidupan blogger ini amat memenatkan. Rutin hidup seorang blogger sangat memenatkan. Tapi disebalik kepenatan itu wujud satu kepuasan yang tak siapa dapat rasai kecuali blogger itu sendiri. Apa yang meletihkan sangat tu? 1. Blogwalking Aktiviti ini memang memenatkan. Walaupun tak guna kaki untuk berjalan beratus batu, namun blogwalking diakui oleh semua blogger suatu perkara yang memenatkan. Ada sesiapa yang rasa … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Empat Amalan Baik Di Bulan Ramadhan

1 July 2013 by Cikgu Hairul

Rancang amalan apa yang nak dibuat di bulan Ramadhan. Itu pesan seorang ustaz kepada saya. Sambung beliau lagi " tak ramai orang yang merancang beramal di bulan Ramadhan, rancang nak cari duit untuk raya memang ramai". Terpukul kejap saya saat itu. Lihat aje la usahawan-usahawan yang berniaga. Rancangan cukup rapi di bulan Ramadhan ini. Tujuannya bukan untuk mendapat ganjaran besar bulan Ramadhan, tetapi cumalah semata-mata mencari duit raya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan kita lebih … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Kenapa Jeneral Akismet Kena Pecat?

28 June 2013 by Cikgu Hairul

Makin menjadi-jadi pulak spammer dari Jepun ni menyerang. Nak salahkan diri sendiri memang takde la. Senang cerita, senang kerja Jeneral Akismet dipersalahkan. Dah la lembab, musuh macam tu pun boleh terlepas. Langkah drastik saya buat. Hantar notis pemecatan Jeneral Akismet. Nyah kau dari sini. Ramai lagi boleh buat kerja menyekat penceroboh dari masuk ke sini. Semalam jugak saya interview Jeneral baru. Lepas baca satu dua review dan testimoni dari Rakan Blogger, saya ambil keputusan melantik … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Persediaan Sebelum Menyambut Ramadhan

27 June 2013 by Cikgu Hairul

Hari ini dah 18 Syaaban. Maknanya tinggal lebih kurang 12 hari lagi kita nak menyambut Ramadhan. Bulan penuh barakah yang ditunggu-tunggu oleh orang beriman. Ulamak-ulamak terdahulu, enam bulan sebelum Ramadhan dah start berdoa semoga dipertemukan dengan Ramadhan. Hebat cinta mereka kepada Ramadhan. Zaman sekarang ni jarang orang nak sambut Ramadhan. Ada yang lagi hebat tu, enam bulan sebelum Ramadhan dah berkira-kira nak sambut Syawal. Bila cakap pasal persediaan, semestinya ia bertujuan. Nanti … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Melampau! Sekolah Hanya Dijadikan Nursery

25 June 2013 by Cikgu Hairul

Time-time jerebu ni ada pulak makhluk Allah buat jerebu kat muka bumi nih. Dah la cuaca hot, tambah-tambah buat hati hot dengan perangai orang macam tu. Apa tak hotnya. Kerajaan dah bagi cuti sekolah, mak bapak pulak yang bising. "Kalau cuti sekolah sapa nak jaga anak aku?" Beberapa rungutan sempat saya baca dari fb mak bapak orang. Cuti sekolah ni bukan untuk orang lain, untuk kebaikkan anak awak juga. Eh.. sekolah ni cuma pusat jagaan anak-anak je ke? Rasanya kalau nak cari sekolah yang … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Bajingan Ini Datang Dari Jepang

22 June 2013 by Cikgu Hairul

Jepun menyerang tanah melayu? Cerita lama itu segar kembali. Kali ini dia menyerang alam maya. Mungkin ramai yang sedar, seminggu dua ni terdapat banyak spam komen ditapis oleh Jeneral Akismet. Semuanya datang dari penjajah jahanam itu. Mujur tak ada yang terlepas. Walau sehari beratus-ratus askar Jeneral Watashima hantar, Jeneral Akismet masih belum jadi gila. Akismet ni pun tak boleh percaya sangat. Silap haribulan dia pun jadi gila. Mau beratus-ratus spam masuk. Apapun tingkatkan sekuriti, … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Petua Hidup Bahagia, Tenang dan Tak Pening Kepala

19 June 2013 by Cikgu Hairul

Sebesar mana pun masalah, hidup mesti diteruskan. Usah meratap, menyendiri dan bermuram sepanjang hari. Walaupun hidup ini hakikatnya satu masalah, ia wajib kita tempuhi. Hidup bahagia sudah semestinya jadi impian setiap insan. Kalau boleh kita mahu sentiasa bahagia. Mana boleh macam tu kan? Tak de la rasa kemanisan bahagia tanpa derita. Petua hidup bahagia, tenang dan tak pening kepala ni saya kutip dari Tanah Suci Mekah. Bukan orang tua yang beri, tapi jumpa hasil dari pemerhatian. Mungkin … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Botak Sudah

13 June 2013 by Cikgu Hairul

Alhamdulillah semuanya urusan ibadah wajib telah selesai. Ketika berada di sini saya hampir lupakan blog ini. Tambahan, tiada talian internet untuk digunakan. Hari ini saya berpeluang jumpa talian internet. Cuma talin ini skadar update terus melalui hanset. Nak balas komen pun tak boleh. Takpe la, yang penting dapat update kan? Alhamdulillah, semuanya selesai dengan selamat. Insyallah hari Ahad ni saya akan pulang ke tanah air tercinta. Benarlah kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Dua Belas Hari Penuh Mencabar

4 June 2013 by Cikgu Hairul

Inilah tempoh musafir paling panjang diizinkan oleh Allah kepada kami. Dua belas hari yang penuh makna. Ia menjadi sangat bermakna bukan kerana tempoh itu, tetapi kerana perancangan yang telah Dia aturkan. Hakikatnya kami sangat terkejut apabila dimaklumkan penerbangan pada 25 Mei terpaksa dibatalkan. Ia satu keputusan yang sangat tidak terduga. Dikala persiapan dan persediaan musafir di musim cuti sekolah, kerajaan Arab Saudi membekukan Visa umrah. Siapa tak sedih bila berita itu diterima? … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Menang

3 June 2013 by Cikgu Hairul

Menang dinilai ikut undang-undang sesuatu permainan. Ia berbentuk subjektif. Kadang-kadang ia tak masuk akal. Ada perlawanan yang pada zahirnya dia menang tapi hakikatnya dia kalah. JDT lawan Pahang haritu zahirnya mereka seri tapi hakikatnya menang. Pilihanraya baru-baru ni PR dapat banyak sokongan rakyat berbanding BN tapi PR diistihar kalah. Pelajar dalam kelas dapat nombor 1 itu terbaik, tapi kalau dah masuk universiti pointer dapat 1.0, gagal la pulak. Menang dan kalah ciptaan manusia memang … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 37
  • 38
  • 39
  • 40
  • 41
  • …
  • 97
  • Next Page »

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in