Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati

Jangan hanya pandai membeli

17 December 2012 by Cikgu Hairul

Masuk MPH Aeon Jusco Wangsa Maju hari ni untuk beli peralatan sekolah. Tahun baru semua nak baru. Walaupun alat tulis lama masih boleh guna, tapi nak juga beli seketul dua. Bila masuk kedai buku, mulalah terpikat dengan macam-macam jenis buku. Belek punya belek berkenan dengan buku Sebelum Aku Bernikah tulisan Hilal Asyraf. Hati teringin sangat nak beli. Tapi macam ada satu bayang-bayang yang cakap, 'jangan hanya pandai beli je...' Hakikatnya ada dua tiga buah buku lagi yang dibeli awal bulan … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Alternatif Subscription Form

17 December 2012 by Cikgu Hairul

Saya melihat subscription form atau borang langanan sangat diperlukan dalam sesebuah blog. Fungsi ini diperlukan untuk membolehkan pembaca mendapat update blog terus ke emailnya. Ini sebenarnya satu pilihan kepada fungsi subscribe rss feeds. Terdapat banyak perkhidmatan seumpama ini diantaranya ialah feedburner, jetpack dan email autoresponder yang berbayar. Diantara ketiga-tiga jenis perkhidmatan yang saya nyatakan tersebut terdapat kelebihan dan kekurangan masing-masing. Saya lebih suka … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Kenyir, nanti aku datang lagi

16 December 2012 by Cikgu Hairul

Letih.. saya baru balik bercuti. Cuti lagi. Selagi cuti sekolah tak habis, selagi tu lah pengembaraan diteruskan. Boleh dikatakan percutian 4 hari 3 malam ni sangat seronok dan yang paling penting kena denga bajet. Dalam holiday list kali ni pegi ke Kenyir dan Cherating. Sekali harung seiring sejalan. Taknak buang masa. Saya cuma ikut panduan yang kakjie tulis ke Tasik Kenyir ni je. Selain tu saya ikut cakap GPS.Latitud 5.13462, Longitud 102.81003 (N 005° 8.077, E 102° 48.602) Memandu lebih dari … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Tak dapat update blog

16 December 2012 by Cikgu Hairul

Kenapa tak dapat nak menulis dan update blog? Banyak yang tak dapat dibuat selepas upgrade ke wordpress 3.5. Ini masalah besar! Yang peliknya, update menggunakan iPad ok la pulak. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak upgrade gigih la cari penyelesaiannya. Apa punca masalah ni? Menurut wordpress masalah ni berpunca dari Media Manager, fungsi baru update kali ni. Nasib baik la ada juga sahabat blogger yang jumpa dulu masalah ni. Saya cuma ikut je apa yang Blog Mobilitiworld ni cakap. Mengigil … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Jaga budaya sampai sanggup berperang

5 December 2012 by Cikgu Hairul

Mual dengan kerenah mereka. Dari dulu, kini dan selamanya masih tak senang dengan kita. Mengaku serumpun, sebangsa, seagama tapi tidak mampu hidup aman bahagia. Sentimen budaya menjadi hangat. Gegarannya turut terasa di alam maya. Godaman tak berkesudahan, hentaman blogger berpanjangan sepertinya luak dua pertiga negaranya diambil kita. Lain ceritanya di luar sana. Jerit pekik sudah biasa. Kata kita macam-macam sehingga tak mampu diterima telinga. Yang kita pun satu juga! Berkira-kira itu kita … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Kuih Popular Masa Musim Durian

4 December 2012 by Cikgu Hairul

Sekarang ni musim durian sedang berada di kemuncaknya. Sana-sini orang jual durian. Di atas lebuhraya pun akan terserempak dengan lori bawak durian. Mewahnya kita dengan durian. Durian bukan sahaja sedap dimakan macam tu je. Tapi kalau dibuat kuih lagi la sedap. Waktu-waktu ni la orang kreatif mempelbagaikan makanan berasaskan durian. Orang kata musim durian dah tak menentu. Ada juga betulnya sebab hampir sepanjang tahun saya boleh dapatkan durian. Kalau dulu, waktu kemuncak musim durian harganya … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Prasarana Treasure Hunt 2012

3 December 2012 by Cikgu Hairul

Sabtu dan Ahad lepas, saya berpeluang menyertai Prasarana Treasure Hunt ke Lost World Of Tambun. Peluang macam ni tak mampu saya lepaskan. Kalah dan menang adat pertandingan. Paling penting ialah keseronokkan bersama kawan-kawan. Ahli kumpulan sedang menunggu untuk taklimat dan pelepasan. Waktu ni hati berdebar-debar menunggu apa soalan dan tugasan yang perlu dibuat sepanjang Treasure Hunt. Sesi taklimat bermula. Peserta diingatkan supaya berhati-hati semasa memandu. Ini bukan pertandingan … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Kerja Lepas SPM

30 November 2012 by Cikgu Hairul

Semalam secara rasminya SPM dah berakhir. Lepasan SPM nak buat apa? Ada yang terus nak bekerja. Tak tunggu tahun depan, lepas habis periksa semalam, terus keluar dengan kawan-kawan untuk cari kerja. Macam saya dulu, lepas je habis SPM terus kerja kilang. Kat KL mana nak cari kilang kan? Kecualilah duduk dekat-dekat dengan kawasan perindustrian. Kerja lepas SPM : Boleh ke? Ketahuilah hakikat sekarang zaman susah nak cari kerja. Orang yang betul-betul ada komitmen dan nampak kematangannya je akan … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Rugi tak pegi MAHA 2012

30 November 2012 by Cikgu Hairul

Entah bila nak habis entri jalan-jalan ni. Maklumlah cuti sekolah, mana boleh sesiakan peluang keemasan untuk berjalan. Semalam saya sempat berkunjung ke MAHA 2012 di Serdang. Expo pertanian terbesar di Asia Tenggara ini berlangsung dari 23 November sampai 2 Desember 2012. Sepagi di MAHA terasa tak cukup masa. Terlalu banyak teknologi terkini dalam bidang pertanian yang dipamerkan. Kalaulah ada cukup masa, banyak ilmu yang boleh kita cedok. Mekanisasi Pertanian Teknologi dalam pertanian kian … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Isi Perut Di Padang Kota Lama

28 November 2012 by Cikgu Hairul

Keluar dari bendang, kami ke pulau.. Pulau Pinang sebuah pulau yang terdapat di dalamnya makanan special. Isteri saya sejak cuti sekolah bermula, tak henti-henti membebel nak makan Pasemboq Padang Kota. Alang-alang dah sampai utara, saya pun sampaikanlah hajat yang tersayang. Dari bendang tok wan, kami lalu jambatan Pulau Pinang untuk menuju ke Padang Kota Lama. Sebelum ni saya pernah sampai sekali. Tapi masa tu tempat makannya sangat kotor. Tak tergamak nak makan. Seingat saya, dua tiga bulan … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 44
  • 45
  • 46
  • 47
  • 48
  • …
  • 92
  • Next Page »

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in