Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati

Matawang MYR Pasca PRU13

6 May 2013 by Cikgu Hairul

Saya terkejut bila tengok pertukaran matawang asing hari ni. Mungkinkah ini satu petanda baik bagi ekonomi negara? 1USD bersamaan dengan MYR2.977. Gila kau! Pemain adsense memang tak suka, tapi ada juga baiknya untuk kita manafaatkan. Caption ni diambil pada jam 23:24,  6 May 2013 selepas Dato Sri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri setelah BN menang dalam PRU13. Apa yang menarik apabila matawang MYR secomel ini? Inilah masanya nak membeli theme dan plugin idaman. Nak … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Luahan Rasa Anak Desa

5 May 2013 by Cikgu Hairul

Dalam sebuah kampung mesti ada yang hidup senang, yang miskin, yang kawin dua, yang kawin sorang, yang tak kawin, petani, kerja gomen.. Tak ada sapa pun boleh marah kan? Itulah warna-warni kehidupan. Tapi aku cukup pelik dengan kampung yang satu ni. Ketua kampungnya semacam tak matang pulak. Jumpa orang, senyum, tegur dan bersalaman tu sudah cukup bagus. Tapi sedikit sengal dari mulutnya bila terpacul kata-kata, "engkau ni bukan boleh percaya sangat, mesti mengundi bulan". Ye.. Aku disapa oleh … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Saya Sudah Mengundi, Anda Sudah?

5 May 2013 by Cikgu Hairul

Tol Tangkak 4 Mei 2013. Keadaan sesak sangat. Orang ramai mula berpusu-pusu masuk ke negeri Johor untuk mengundi. Saya tak ketinggalan. Naik bas je pun. Lepas mengundi nak terus balik KL semula. Pagi-pagi lagi dah bangun dan bersemangat ke pusat pengundian. Jumpa ketua kampung yang sempat lagi berkempen. Hehehe.. Hatiku bulat dan tekat untuk memilih keamanan. Junpa juga sepupu. Dia sama pusat mengundi, sama saluran mengundi. Kami je yang berborak panjang. Tanpa disedari rupanya ada papantanda … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Pulanglah Menunaikan Tanggungjawab Sebagai Rakyat Malaysia

4 May 2013 by Cikgu Hairul

Pulanglah ke kampung menunaikan tanggungjawab kalian. Naik bas rasa lebih selesa. Tak perlu bersesak seperti kebiasaan sambutan perayaan. Buat pilihan bijak. Jangan ikut emosi. Percaya kepada Allah.. segala-galanya serahkan kepadaNya. Lusa insyallah kita akan dapat sebuah kerajaan baru. Kerajaan Malaysia yang lebih berdaya saing dan membela rakyat. Tak kiralah sapa pun menang, harapan rakyat semoga kepimpinan akan datang lebih adil, telus dan lebih beragama. Bas pukul 17:30 dari TBS. Kalau tak … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Asal kita hina, tetapi kenapa kita suka menghina?

2 May 2013 by Cikgu Hairul

Lihat cermin dan baca doa, ya Allah perbaikilah akhlakku sebagaimana Engkau perelokkan wajahku. Mengaku eloknya wajah ciptaan Allah lalu kita berbangga dan lupa diri? Sampai sanggup mengata dan menghina orang lain? Bukan saja musim pilihanraya, tetapi hari-hari lain pun sama. Cuma sekarang perangai keji ini semakin sebati ddalam jiwa manusia. Lihatlah asal kejadian kita. Bermula dari air mani yang keluarnya dari lubang najis, bersenyawa menjadi seketul daging, lalu membentuk satu kejadian yang … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Pesta Buku Antarabangsa KL 2013 | Hari Buruh | Sesak Luar Biasa

1 May 2013 by Cikgu Hairul

Cuti Hari pekerja digunakan sebaiknya. Kebetulan pulak, pesta buku di PWTC sedang berlangsung sampai 5 Mei 2013. #PBAKL13 kali ini menyaksikan kesesakkan luar biasa. Sejak dari stesen LRT PWTC sampailah dalam PWTC, kesesakkannya memang tak terjangka. Beribu-ribu umat manusia di stesen LRT PWTC. Inilah contoh pengguna bijak. Naik pengangkutan awam. Kalau naik kereta sendiri sure tak dapat masuk. Masa ni parking teramatlah penuh. Kalau naik LRT sesak cuma di stesen je. Lepas tu boleh la masuk … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Tamparan untuk kita sempena Hari Pekerja

1 May 2013 by Cikgu Hairul

Hari ini 1 May. Sepatutnya semua orang tahu yang hari ini adalah hari bertuah buat kita. Hari yang meraikan kita sebagai pekerja. Tidak kiralah kerja sendiri ke, kerja makan gaji ke atau buat-buat kerja. Kita sebagai pekerja punya hak yang perlu diselesaikan. Tak kiralah samada kita baru masuk kerja atau dah nak pencen. Adakah kita benar-benar diraikan? Setakat diberi cuti, sudah cukupkah? Berarak dan berhimpun sambil dengar propaganda kerajaan adakah itu namanya meraikan pekerja? Semak semula … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Cikgu

29 April 2013 by Cikgu Hairul

Sebenarnya pekerjaan sebagai guru yang bergelar guru bukanlah susah sangat, hanya masuk kelas mengajar mengikut sukatan yang diberikan. Bagi homework, denda siapa yang nakal. Habis waktu sekolah balik. Bila tiba musim peperiksaan buat soalan, kemudian semak kertas bagi markah. Sampai masa pelajar cuti, kita pun cuti. Tapi untuk menjadi pendidik yaang cemerlang, gemilang dan terbilang di sisi Allah, ternyata bukan mudah. Proses didikan manusia adalah satu proses yang sangat mencabar, perlukan … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Anak Perisai Api Neraka

26 April 2013 by Cikgu Hairul

Anak perisai api neraka | Daripada Aisyah R.ha katanya, "Telah datang kerumahku seorang perempuan meminta makanan, tiada sesuatu di sisiku malainkan sebiji kurma lalu kuberi kepadanya". Maka dia pun memberi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar dari rumah Aisyah R.ha. Setelah Nabi S.A.W datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya peristiwa tersebut, maka baginda bersabda "Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

WeChat vs Whatsapp

25 April 2013 by Cikgu Hairul

Akhirnya saya terpikat juga dengan senyuman Lisa Surihani. Hari-hari dok promote WeChat kat TV, sapa tak terpengaruh memang hati kering. Lepas baca keseronokkan yang dijanjikan oleh wechat saya tekad untuk mencuba. Semalam saya install WeChat kat handset Nokia E5. Nak bandingkan kecanggihan dengan iPhone 5 memanglah tak terbanding. Tapi saya bersyukur sebab masih boleh mencuba guna wechat. Perkara pertama lepas install ialah memonitor penggunaan data. Maklum saja lah, saya ni cuma guna pakej … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 39
  • 40
  • 41
  • 42
  • 43
  • …
  • 97
  • Next Page »

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in