Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati

Maybank Email Pishing Lagi

17 June 2011 by Cikgu Hairul

Gigih sungguh penjenayah cyber ni nak curi duit aku. Sehari hampir 10 kali aku dapat email yang macam ni. Tajuk pulak memang tak boleh blah. Kali ni tajuk yang digunakan adalah Account Locked. Tajuk email yang biasa penjenayah ni guna Account Update, Recover Your Password dan macam-macam lagi. Semuanya aku tongsampahkan. Aku cukup heran, macam mana email ni boleh masuk inbok. Padahal setiap kali aku dapat email macam ni aku tandakan dia dengan spam. Gmail ni pun satu hal. Bukan tak pernah aku … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Rakyat Malaysia Tidak Patriotik

16 June 2011 by Cikgu Hairul

Disaat negara digegarkan dengan serangan cyber, ada sebilangan rakyat Malaysia bertepuk tangan gembira. Kononnya bagi membalas tindakan kerajaan membenteras jenayah. Dikala kerajaan bertungkus lumus membenteras jenayah cetak rompak, ada dikalangan rakyat Malaysia yang secara terang-terangan menyokongnya. Patriotik kah kita? Rakyat Malaysia Tidak Patriotik. Sedarlah wahai rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kerana ketidak patriotikkan kita, negara menjadi hancur lunyai. Akibat dari tidak keupayaan … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Penangan Ilmu Facebook

15 June 2011 by Cikgu Hairul

  Nak gelak pun ada, nak menangis pun ada. Bila kenyataan seorang menteri kat Dewan Rakyat semalam membela tindakan kerajaan membelanjakan sejumlah RM1.8juta untuk pengurusan facebook. Satu alasan yang sangat sengal. Alasan kerana tiada kakitangan berilmu mengurus facebook. Disebabkan itu kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga mengurus akaun facebooknya. Maka berdekah-dekah ketawa syarikat yang mendapat kontrak menguruskan benda free tu. Duduk goyang kaki depan PC la … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Kenapa Nak Marah?

14 June 2011 by Cikgu Hairul

Kenapa marah kalau : Orang tak kacau kita. Orang tak mengata kita. Yang orang buat tu tiada kaitan pun dengan kita. Marah tak bertempat..... Benda yang ada kaitan langsung dengan kita, tak pulak marah : Saudara Islam kita di Palestin kena tindas, Agama Islam diperlekeh di sana sini, Anak dara kita keluar rumah dengan balaknya sesuka hati, Anak dan adik perempuan kita tak tutup aurat, Kerajaan naikkan harga barang sesuka hati, Orang buat maksiat depan mata, Macam-macam lagi. Demi … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Edit Gambar Tanpa Photoshop

13 June 2011 by Cikgu Hairul

Barangkali kita masih asing dengan mengedit gambar-gambar untuk dimasukkan ke dalam blog secara dalam talian. Kebiasaannya blogger akan menggunakan perisian percuma seperti gimp dan paint. Hasilnya tidaklah seberapa, tapi cukuplah sekadar sedap mata memandang. Bagi blogger yang inginkan gambarnya mempunyai watermark dan segala bagai kesan khas, photoshop cetak rompak mungkin digunakan. Tapi sampai bila dan adakah ianya HALAL? Semestinya tidak! Bagi blogger advance, mereka tidak akan menggunakan … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Lengkap Sudah Cuti Sekolah Jun 2011

12 June 2011 by Cikgu Hairul

Lengkap sudah dua minggu percutian sekolah Jun 2011. Cherita Journey kali  ini berakhir di Tanah Tinggi Cameron. Walaupun dah banyak kali bercuti di sini tapi entah kenapa rasa jemu tu belum ada. Mungkin juga suasananya yang nyaman dan tenang menyebabkan aku terpanggil ke sini tiap kali musim cuti. Lepas balik dari percutian di Pulau Pinang minggu lepas, aku singgah di Cameron. Hajat di hati taknak menginap tapi apakan daya, permintaan isteri mesti ditunaikan. Lagipun dia dah beri kejutan sempena … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Tiada Panggilan Sepenting Panggilan Ilahi

11 June 2011 by Cikgu Hairul

Ketenangan jemaah mendengar khutbah Jumaat tadi diganggu deringan telefon bimbit dari seorang jemaah yang tak faham bahasa. Benarlah kata Celcom “Tiada Panggilan Sepenting Panggilan Ilahi” dalam iklan yang dipaparkan di masjid-masjid satu waktu dulu. Para jemaah tercari-cari bunyi telefon bimbit yang berdering di kala khatib membaca khutbah. Aku perhatikan pada seorang pemuda separuh usia menjawab telefon. Fuh rasa bangga pulak. Tengah-tengah khatib baca khutbah boleh dan sempat lagi menjawab … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Kejutan Dari Tersayang

9 June 2011 by Cikgu Hairul

Melangkah setahun lagi usia aku. Maknanya aku dah tua. Semakin kurang umur yang Allah peruntukkan kepada aku. Macam mana amalanku? Huh semakin risau dengan kematian. Amal belum cukup lagi. Kali ni entah kenapa isteriku terkulat-kulat menyuruh aku bersiap. Nak ke mana la agaknya? Rupa-rupanya dia nak sambuat my birthday. Bertempat di KFC Parit Buntar kami sama-sama membuat sedikit majlis kesyukuran. Kejutan dari tersayang kali ni buat aku rasa terharu. Makan sampai lebam.   Terima kasih … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Cuti Sekolah 4 Jun 2011 Ke Pulau Pinang

9 June 2011 by Cikgu Hairul

Alhamdulillah, cuti sekolah dah sampai ke penghujungnya. Tapi aku cuma dapat memanafaatkan percutian kali ini pada minggu kedua. Minggu-minggu yang penuh dengan warna-warni. Percutian kali ini menjelajah ke Utara dan ke Puncak Banjaran Titiwangsa. Destinasi pertama adalah Bukit Bendera. Teringin nak naik keretapi baru yang menelan belanja Rm70juta. Nasib baik dapat naik. Dan nasib baik juga tren pada masa tu tak rosak. Tren baru ni memang laju. Naik ke atas tak sampai pun 5 minit. Kalau tren … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Demi sesuap nasi..

2 June 2011 by Cikgu Hairul

Terharu dan tersentuh hati bila melihat pekerja ni sedang berehat tepi sungai. Waktu panas-panas macam ni memang best baring tepi sungai. Tapi bukanlah kat Sungai Kelang. Pekerja pembersihan sungai ni terpaksa berpanas setiap hari untuk mencari sesuap nasi. Bila tiba waktu rehat, dia cuma makan makanan yang dibawa dari rumah. Mungkin isterinya sediakan. Jimat katanya. Kalau makan kat luar dah tentu tak kurang dari RM5 sekali makan. Masa rehatnya dihabiskan dengan rehat yang sebenar-benar … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 75
  • 76
  • 77
  • 78
  • 79
  • …
  • 92
  • Next Page »

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in