Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati

Bila Suami Isteri Beraksi Di Dapur

11 April 2020 by admin

PKP fasa 3 ni aku cuba rajinkan diri ke dapur pulak. Kalau sebelum ni, aku banyak habiskan masa berkebun tanam ulam-ulaman, aku nak cuba buat yang lain pulak. Pelbagaikan aktiviti memenuhi masa lapang. Petang tadi lepas aku habiskan kerja-kerja edit video tutorial untuk kelas minggu depan, aku cuba kacau isteri kat dapur. Dah dia nampak aku ke dapur, dia hulurkan aku dengan beberapa keping kulit popia dan semangkuk inti sardin. Dia ajar macam mana nak lipat jadi macam popia mak cik Kiah … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Kelas Online, Cikgu Stress Dengan Kerenah Parent Dan Pentadbir

31 March 2020 by admin

Buat salah, tak buat juga salah. Bila start kelas online ni, cikgu sudah mula stress dengan kerenah parent dan pentadbir. Apa tak nya, 40 orang murid sekelas kali 5 kelas kali 2 (ibu dan bapak) punya perangai nak layan. Sebelum ni, ada parent perli-perli cikgu, untunglah cikgu... tak mengajar pun dapat gaji. Makan gaji haram la camtu. Sesedap mulut diorang mengata. Sebenarnya masa mula-mula PKP dulu, sudah ada cikgu-cikgu buat kelas online secara sukarela. Kelas berjalan lancar. Sapa nak … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati Tagged With: Cikgu makan gaji haram, Google Classroom, PdP Online

Cukupkah Hanya Dengan Pengimbas Suhu?

30 March 2020 by admin

Cukupkah hanya dengan pengimbas suhu? Mungkin si pembawa virus "dia" tiada gejala. Tidak batuk dan tidak demam sebab masih di peringkat awal jangkitan. Lalu dia ini ke pasaraya, pergi isi minyak, pegi curik² sembang santai dengan jiran², gi jogging kat taman permainan.. tanpa terfikir pun dia ni sedang membawa dan menyebarkan virus. Tiba², satu hari selepas 10 hari bergembira keluar masuk rumah, jalan², beramah mesra dengan jiran tetangga, gejala jangkitan mula timbul. Batuk, sakit tekak, … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Idea Untuk Peniaga Menjana Pendapatan Semasa PKP

29 March 2020 by admin

Hai, sudah beberapa hari aku terfikir idea peniaga jalanan menjana pendapatan semasa PKP dilaksanakan. Ini tercetus apabila aku tengok dekat medsos, ramai dalam kalangan peniaga-peniaga mengeluh sebab tak boleh buka gerai. Mungkin semalam cerita kak kiah memberi kesan mendalam kepada kak kiah-kak kiah seluruh Malaysia. Kak Kiah adalah cerminan hampir majoriti rakyat. Adakah kak Kiah harus berputus asa untuk meneruskan hidup walaupun terpaksa menghentikan aktiviti jualan pisang … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Sebelum Membunuh Manusia, Dia Telah Membunuh Kemanusiaan

25 March 2020 by admin

Akhirnya Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan. Ini bagi membendung merebaknya virus covid-19 yang dikatakan mampu membunuh manusia. Sudah 8 hari berkurung di rumah. Ramai telah meninggal dunia di seluruh dunia. Setakat malam tadi, di Malaysia sudah ada 16 orang terkorban angkara virus. Sebelum mengorbankan ramai manusia, covid-19 telah pun membunuh kemanusiaan. Berapa banyak kejadian kemanusaan yang telah terkorban yang dipaparkan setiap hari di medsos? Aku ngeri nak fikirkan. Kalau … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati Tagged With: kemanusaan telah mati, langgar lari, langgar sekatan jalan, virus membunuh

Andainya Diberikan Cuti Tanpa Gaji Tiga Bulan, Apa Persediaan Kalian Untuk Meneruskan Kehidupan?

14 March 2020 by admin

Andai kata company tempat kita kerja beri arahan untuk memberi cuti tanpa gaji selama tiga bulan, agak-agak apa rancangan kita? Tiba-tiba aku sangat terkesan dengan berita sahabat-sahabat dari syarikat airline yang diberikan pilihan untuk bercuti tanpa gaji. Tak mustahil ianya akan berlaku dalam banyak sektor industri lagi. Memandangkan pendemik covid-19 semakin parah, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Adakah kita telah bersedia? Kadang-kadang aku jem. Termenung memikirkan situasi buruk … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati Tagged With: diarah cuti tanpa gaji

Persediaan Asas Bila Negara Lock Down Disebabkan Covid-19

11 March 2020 by admin

Apakah persediaan paling asas yang telah aku buat bila satu hari nanti negara kita lockdown disebabkan oleh wabak covid-19 yang semakin bertambah? Sebelum itu, aku cuma nak bagitau yang ini cuma langkah persediaan, bukan terlalu paranoid atau terlalu memikirkan benda yang bukan-bukan. Barang makanan dan keperluan harian adalah bahan asas paling penting semasa lockdown berlaku. Masa itu, bayangkan semua kedai tutup. Kalau ada pun yang bukak, mungkin barang dah habis stock. Kemungkinan harga … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati Tagged With: persediaan lockdown

Pertambahan Kes Covid19 Dalam Negara, Aku Cuba Untuk Tidak Lebih Takut Dari Semalam

8 March 2020 by admin

Pertambahan kes covid-19 di seluruh dunia mencanak bagai nak gila terutamanya di China. Sudah pasti ramai yang kerisauan. Risaukan kesihatan diri sendiri dan ahli keluarga, risaukan pekerjaan dan risaukan segala-galanya. Dalam negara pulak, wabak ini kelihatan semakin mengganas. Ramai yang telah meletakkan index bencana pada skala 3 untuk diri sendiri walaupun kerajaan masih tenang dan santai menangani krisis ini. Apa boleh buat. Mungkinkah dengan transaksi aktif rakyat malaysia membeli … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati Tagged With: covid19, persediaan menghadapi crisis, wabak covid19

Rehat Jangan Terlalu Lama, Mulakan Episod Baru Sebab Semua Dah Baru

2 March 2020 by admin

Bermula dari hari ini, blog ini berwajah baru. Tahun baru, wajah baru, penulis baru dan kerajaan baru. woahha. Kita mulakan episod baru setelah rehat yang panjang. Beberapa kali cuba menulis untuk meluahkan segala rasa yang ada, namun akhirnya dengan niche carca marba kelihatan tidak sesuai lagi di zaman melinium ini. Entah sampai bila mampu aku menulis lagi. Doakan ada cerita-cerita suka duka mampu aku coretkan di sini lagi ye. … [Read more...]

Filed Under: TipsMenulis

Kalau Macam Ni Tak Payah Masuk Sekolah, Tak Payah Masuk Universiti lah?

8 December 2019 by admin

Dua belas tahun kita duduk di alam persekolahan. Lepas tu kebanyakkan kita masuk universiti, kolej-kolej atau mana-mana institusi pengajian tinggi. Tapi yang sedihnya sekolah atau universiti tak mengajar kita cara survive dalam hidup bila keluar nanti. Kat sana cuma ajar kita mengejar gred dan pointer. Agak kasar tuduhan itu. Namun hakikatnya begitulah. Bila ditenung direnung dalam-dalam, cuma berapa peratus ilmu yang diajar di sekolah ada kaitan dengan kerja kita. Berapa banyak pulak subjek² … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • …
  • 97
  • Next Page »

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in