Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati

Poligami

26 October 2013 by Cikgu Hairul

Bismillahhirrahmanirrahim. Paktih saya beristeri empat. Abang Eid member lepak saya beristeri dua. Abang Mat juga beristeri dua. Ada waktu-waktu kesempatan saya ada juga usik Paktih dan Abang Eid tentang poligami ni. Biasanya mereka berseloroh saja. Ada masanya mereka berbicara panjang tentang poligami. Jadi saya selitlah di sini. Jodoh ialah urusan Allah. Jika seorang lelaki sampai jodohnya beristeri lebih dari satu, itu ialah amanah dan ujian. Lelaki bertanggung jawab ke atas 4 golongan … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Kesan Upload Dan Share Gambar Ngeri

24 October 2013 by Cikgu Hairul

Parah akhlak. Mungkin itu gelaran mereka yang suka upload dan share gambar ngeri. Mungkin tujuannya nak berkongsi kesedihan, namun di sebaliknya terdapat kesan paling jahanam kepada masyarakat. Tak semua orang mampu hadam benda-benda macam tu. Ada yang boleh pengsan tengok gambar ngeri. Ada yang boleh termuntah bila tengok gambar darah. Mungkin kita tak rasa, tapi macam mana dengan perasaan orang lain? Dalam tak sedar, ada yang tersebar aib orang. Gambar mangsa terselak kain, gambar mangsa … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Pengalaman Haji dan Umrah: Mendaki Jabal Nur, Menjejak Gua Hira

20 October 2013 by Cikgu Hairul

Musim haji telah berakhir. Beransur-ansur jemaah haji meninggalkan bumi Mekah. Sudah pasti pengalaman haji dan umrah menjadi bahan cerita buat sanak saudara yang ditinggalkan. Begitulah kembara mencari Redha Allah. Semoga mendapat haji yang mabrur. Kadang-kadang pengembaraan ke bumi asing menjadi titik tolak kepada perubahan seseorang. Empat puluh empat hari berada di perantauan, sudah pasti banyak perkara baru dapat dipelajari. Ziarah Gua Hira Tidak ramai jemaah dari Malaysia berpeluang … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Dua Kali Lazada Silap Hantar Barang

17 October 2013 by Cikgu Hairul

Dah ramai blogger bercerita tentang pengalaman mereka membeli di Lazada Malaysia. Dua tiga bulan ni memang nampak menarik sangat la cerita-cerita mereka. Semua cerita yang baik-baik. Mungkin juga ada diantara mereka yang menulis berdasarkan pengalaman sebenar dan juga menulis sebab berbayar. Mungkin nasib saya kurang baik berbanding dengan kawan-kawan yang lain. Mungkin pengalaman ini berguna juga untuk dijadikan panduan kita membeli-belah secara online pada masa depan. Perkara ni masih dalam … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Zug-zwang

12 October 2013 by Cikgu Hairul

Bismillahhirrahmanirrahim. Zug-zwang ialah istilah dalam permainan catur. Bila salah seorang pemain berada dalam suatu keadaan yang telah nampak baginya yang dia akan menemui shahmat dalam beberapa gerakan akan datang tapi tidak pula berdaya mencegahnya. Walau ada beberapa pilihan yang boleh dibuat, jawapannya tetap juga shahmat. Maka ia dinamakan zug-zwang. Ia sama juga keadaannya dalam perniagaan. Pesaing yang gagal kalahkan kita dalam perniagaan akan dapatkan bantuan dana tertentu untuk … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Melayu Macam Keropok Lekor

11 October 2013 by Cikgu Hairul

  Terkesima dengan perumpamaan baru itu? Saya sebenarnya masih termanggu-manggu, mana datangnya peribahasa "Melayu macam keropok lekor" yang baru saya dengar hari ini. Maklumlah, peribahasa yang berada di luar dari silibus Bahasa Melayu darjah enam susah sikit nak diingat. Mungkin dalam kamus peribahasa Melayu pun belum wujud. Seingat saya, masa belajar dulu, tak ada lagi cikgu menggunakan perumpamaan semacam ini. Lantas telinga dipasang baik-baik. Mata ditumpu betul-betul bertentang mata. … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Anak Felda dan Mak Abah

10 October 2013 by Cikgu Hairul

Bismillahhirrahmanirrahim. Dengan izin Allah ramai anak felda yang berjaya jadi orang terpelajar; guru, jurutera, usahawan, freelancer, profesor malah penyanyi dan pelakon filem. Peneroka felda generasi pertama semakin hari semakin tua, meninggal dunia, jadi balu, jadi duda, hidup sendirian bertemankan gout, kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung. Petang-petang sabtu ahad menung di beranda sambil hisap rokok daun menanti anak-anak balik ke kampung bersama cucu-cucu. Rata-rata peneroka … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Call Center

9 October 2013 by Cikgu Hairul

Bismillahhirrahmanirrahim. Soalan: Bila kita hubungi talian 1-300..., 1-800... *100#... *126#... dan segala macam nombor hotline, selepas menekan pilihan itu ini yang merepek-repek, dengan siapakah kita bercakap? Jawapannya: seorang manusia seperti kita. Lazimnya orang membuat panggilan ke Call Center ialah bertujuan bertanya tentang produk atau servis yang ditawarkan; dan untuk membuat aduan; ada yang marah-marah dan menghamburkan kata-kata kesat. Perlu kita tahu bahawa manusia yang menerima … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Kalau Aku Kaya

9 October 2013 by Cikgu Hairul

Ramai dari kalangan kita bercita-cita nak jadi kaya. Harta banyak, duit berkepok-kepok. Bila jadi kaya macam-macam juga yang diimpikan. Kalau Aku Kaya... 1) Buat rumah besar atas bukit. Duduk sorang-sorang tanpa jiran. 2) Beli kereta dan tukar-tukar kereta mewah dua tahun sekali. 3) Membeli belah sampai ke Bandung, Viatnam, China macam la kat Malaysia tak cukup shopping mall. 4) Pegi melancong seluruh dunia. Dah nak mati baru teringat Mekah belum tiba. 5) Pakai baju mahal-mahal. Pakai … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

Hati-Hati Dengan Penjual Email

8 October 2013 by Cikgu Hairul

Pemasaran melalui email ternyata berkesan. Tapi kalau email yang digunakan diperolehi melalui cara yang tak sah, itu satu kesalahan. Email kena jual? Sapa punya email? Kita punya lah.. Tak percaya? Pernah korang dapat email promosi bukan-bukan tak? Email yang tak diundang tu biasanya akan masuk dalam spam box. Kalau tak bernasib baik, masuk juga dalam primary box. Sakit ati woo nak delete satu-satu. Penjual email ni dah melampau. Inilah sebabnya aktiviti spamming semakin menjadi-jadi. … [Read more...]

Filed Under: Dari Hati

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 29
  • 30
  • 31
  • 32
  • 33
  • …
  • 92
  • Next Page »

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in